MAJLIS PERSARAAN TIMBALAN PENGARAH AKADEMIK - TN HJ MOHAMAD AMINORDIN BIN AMAT PDF Cetak E-mail
Ditulis oleh Administrator   
Khamis, 13 Mac 2014 02:39

KVDLM 20 Feb, - Selepas berkecimpung dalam dunia pendidikan sejak 37 tahun, Tuan Haji Mohamad Aminordin bin Amat, 58, diraikan guru-guru dan para pelajar Kolej Dato' Lela Maharaja, Rembau dekat sini hari ini dengan penuh meriah sebagai simbolik persaraan wajib beliau sebagai Timbalan Pengarah Akademi di KVDLM.

Beliau telah berkecimpung dalam bidang perguruan sejak 1977. Sekolah pertama beliau bertugas ialah di Sekolah Kebangsaan Felda Jengka 2 sebelum bertukar ke Sekolah Kebangsaan Felda Bukit Rokan pada tahun 1982. Akhirnya beliau kembali ke kampung halamannya di Rembau, Negeri Sembilan pada tahun 1988 dan bertugas di kolej ini yang dahulunya dikenali sebagai Sekolah Vokasional Pertanian.  Sepanjang perkhidmatan, beliau pernah dilantik sebagai Guru Penolong Kanan HEM pada tahun 1995. Seterusnya pada tahun 2004 beliau telah dilantik sebagai Guru Penolong Kanan.

Satu wakaf telah dibina dan dinamakan sebagai Wakaf Haji Amin bagi memperingati jasa beliau yang telah berkhidmat di kolej ini lebih daripada 26 tahun.

Di majlis tersebut, beliau turut menasihati pelajar meletakkan diri dalam golongan berilmu dengan tidak mensia-siakan peluang menuntut ilmu di kolej kerana amat penting dalam persediaan menuju kejayaan.

Akhir sekali, pihak kolej mengucapkan Selamat Bersara dan terima kasih kepada Tuan Haji Mohamad Aminordin bin Amat di atas perkhidmatan beliau.

 

Terakhir Dikemaskini pada Khamis, 13 Mac 2014 03:15