Majlis Pelancaran Mentor Mentee 2018 PDF Cetak E-mail
Ditulis oleh Administrator   
Selasa, 03 April 2018 07:52

Pada 16 Mac 2018 telah diadakan Majlis Pelancaran Mentor Mentee 2018 di Dataran Kejat KVDLM. Majlis Pelancaran ini telah disempurnakan oleh Pn Hjh Minah Binti Ahmad, Pengarah KVDLM. 

Program mentor mentee kelolaan Unit Psikologi dan Kerja KVDLM merupakan satu proses interaksi antara pensyarah dan pelajar melibatkan tindakan seperti membimbing, menyokong dan memberi nasihat. Mentor bukan sahaja menitikberatkan individu (mentee) dan perhubungan psikologi menteenya, tetapi juga membimbing, memberi penghargaan, kasih sayang dan mengasah kemahiran-kemahiran lain seperti membuat keputusan, menghadapi masalah atau mengatasi tekanan dan berusaha membimbing menteenya menjadi individu yang berguna kepada masyarakat dan negara.

Semasa majlis, 3 orang pensyarah telah diumumkan sebagai mentor terbaik tahun 2017 iaitu En Mohd Fildarus bin Awang, Pn Lina Ong binti Abdullah dan Pn Haslinda binti Abdul Hadi.

Program ini diharakan dapat meningkatkan pembangunan sahsiah diri pelajar dan secara tidak langsung akan dapat mengeratkan hubungan pensyarah dan pelajar, serta dapat mewujudkan perasaan kasih sayang, selesa, selamat dan sejahtera dalam kalangan pelajar.

   

   

   

   

 

 

 

 

Terakhir Dikemaskini pada Rabu, 04 April 2018 06:16