"Selamat bersara cikgu Hamidah..." PDF Cetak E-mail
Ditulis oleh Administrator   
Rabu, 27 Jun 2018 11:45

 

KVDLM, 25 Mei 2018 - Setelah mencurahkan bakti selama 30 tahun dalam bidang pendidikan, akhirnya cikgu Hamidah Abdullah mengambil keputusan untuk bersara pilihan pada usia 55 tahun.

Pensyarah Bahasa Melayu Kolej Vokasional Dato' Lela Maharaja itu yang lebih dikenali Cikgu Midah dalam kalangan pelajar, rakan dan kakitangan kolej, mempunyai personaliti yang sangat disenangi.

Guru Cemerlang Bahasa Melayu KVDLM, Nazri Ujang berkata, beliau seorang yang mudah didampingi dan memahami pelbagai isu yang berlaku di kolej dan persekitaran. "Peribadi Cikgu Midah selama ini akan sentiasa dirindui dan dijadikan inspirasi dalam menghadapi cabaran yang masih berbaki dalam dunia pendidikan. Kenangan bersamanya akan sentiasa kami ingati,," katanya.

Majlis persaraan ini telah mendapat kerjasama pensyarah, pelajar, Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) serta kakitangan kolej yang dihiasi acara sumbangan hadiah daripada setiap Jabatan, persembahan pelajar dan tayangan video kenangan. Hamidah diarak menggunakan kereta Mitsubishi ASX sambil diiringi lambaian perpisahan 600 pelajar dan 127 pensyarah ketika meninggalkan perkarangan Dewan Aspuri ke Pejabat kolej untuk thumbprint terakhir.

Sementara itu, Hamidah berkata, dia begitu terharu atas segala persiapan dirancang semua pihak bagi memastikan semuanya berjalan dengan lancar. Beliau juga berharap agar kecemerlangan kolej ini akan dapat diteruskan lagi berikutan memiliki pensyarah dan pelajar yang hebat.

Sepanjang 30 tahun perkhidmatan beliau pernah berkhidmat di SMV Simpang Sanggung Temerloh, Pahang (1988 - 1996), SMV Amangan, Seremban (1996 - 2007), Kolej Vokasional Butterworth, Pulau Pinang (2008 - 2015) dan terakhid di Kolej Vokasional Dato' Lela Maharaja Rembau (2016 - 2018).

  

 

 

 


 

Terakhir Dikemaskini pada Rabu, 27 Jun 2018 14:40