Lawatan pelajar SMK Datuk Muhammad Yusof ke KVDLM PDF Cetak E-mail
Ditulis oleh Administrator   
Isnin, 09 Julai 2018 11:03

KVDLM Rembau, 4 Julai 2018 - Kolej Vokasional Dato' Lela Maharaja (KVDLM) telah menerima kunjungan 25 murid dan 2 guru pengiring dari Sekolah Menengah Kebangsaan Datuk Muhammad Yusof. Lawatan tersebut bertujuan memberi pendedahan tentang peluang pelajaran di KVDLM, Rembau.

Rombongan telah tiba seawal jam 9 pagi disambut oleh Pn Hjh Yusni bt Abd Murad, Timbalan Pengarah Akademik KVDLM. Para pelajar dan guru kemudiannya di bawa ke Bilik Gerakan bagi mendengar taklimat  oleh Pn Siti Aisyah berkaitan KVDLM dan program latihan yang dijalankan di sini,

Selepas mendengar taklimat, rombongan dibawa untuk melawat bengkel-bengkel yang menjalankan latihan kemahiran. Disini mereka berpeluang melihat sendiri suasana pembelajaran dan kemudahan yang disediakan kepada pelajar kemahiran.

Para pelajar juga berpeluang mendengar sendiri penerangan dari para pensyarah dan melihat demontrasi berkaitan kemahiran yang boleh dipelajari sekiranya mereka menjadi pelajar KVDLM. 

Lawatan selesai kira-kira jam 12.30 tengahari.

 

 

Terakhir Dikemaskini pada Isnin, 09 Julai 2018 11:35