Majlis Perwakilan Pelajar KVDLM anjur kursus penyembelihan. PDF Cetak E-mail
Ditulis oleh Administrator   
Selasa, 31 Julai 2018 15:48

KVDLM - 25 Julai 2018 (Rabu), Majlis Perwakilan Pelajar Kolej Vokasional Dato' Lela Maharaja berjaya menganjurkan kursus program sembelihan di sini baru-baru ini.

Penyelaras program, Muhammad Iqbal berkata, tujuan program ini diadakan bagi mendedahkan peserta dengan hukum, kaedah dan kemahiran asas mengenai penyembelihan.

Menurutnya, peserta juga turut didedahkan dengan sesi soal jawab dan praktikal di mana pelajar perlu menyembelih ayam disediakan. "Bilangan pelajar yang menyertai program tersebut adalah seramai 55 orang pelajar". "Kursus ini juga penting untuk mengingatkan mereka betapa pentingnya soal penyembelihan di mana ia dikira fardu kifayah", katanya.

Terima kasih diucapkan kepada En Azuhar dan Ustaz Muhammad kerana telah sudi berkongsi ilmu penyembelihan kepada peserta kursus. Diharapkan program seumpama akan diteruskan pada masa akan datang.

  

Terakhir Dikemaskini pada Selasa, 31 Julai 2018 16:15