Selasa, Februari 18, 2020
   
Text Size

SIJIL PERAKUAN AKREDITASI MQA

PEMBERITAHUAN:

HEBAHAN PRE-WALK IN INTERVIEW KOLEJ VOKASIONAL DATO' LELA MAHARAJA

 
Tarikh : 3 Februari 2020 (Isnin) 
Masa : 8.30 - 11.30 pagi
Tempat : Sanggar Ilmu
 
*Makluman: Pelajar baru yang walk in pada 3 Februari 2020 perlu membawa keperluan Asrama. Sekiranya pelajar diterima dan ditawarkan, pelajar akan terus membuat pendaftaran program, pendaftaran dan pembelian barang koperasi.
 
Program yang ditawarkan:-
 
A) Sijil Vokasional Malaysia (SVM) 
 
1)  Agroindustri Tanaman
2)  Agroindustri Ternakan Poltri
3)  Agroindustri Ternakan Ruminan
4)  Akuakultur
5)  Pengurusan Perniagaan
6)  Teknologi Mekanisasi Agro
 
B) Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) 
 
1)  Reka Bentuk Floral 
 
 
Syarat, pemakaian dan keperluan yang perlu dibawa semasa temuduga :-
 
- Calon mestilah berminat dengan mana-mana program yang ditawarkan.
- Berumur 16 tahun dan lepasan PT3 (2019)
- Berpakaian uniform sekolah yang lengkap. 
- Membawa salinan kad pengenalan
- Transkrip keputusan pt3, sijil-sijil yang berkaitan   pencapaian akademik dan kokurikulum yang asal. 
- Penawaran program tertakluk kepada minat dan kekosongan program. 
 
Berminat?
Sekiranya berminat, boleh hadirkan diri anda di Kolej Vokasional Dato' Lela Maharaja pada tarikh,  hari dan masa yang telah ditetapkan. Jumpa anda di sana...
 
#HanyadiKVDLM
 
.............................................................................................................................................................
 
MUAT TURUN BUKU MAKLUMAT PENDAFTARAN PELAJAR SVM 2020
 
 
Assalamualaikum dan selamat sejahtera,
 
smileyDisertakan pautan Buku Maklumat Pendaftaran Pelajar SVM dan Borang Tambahan bagi tahun 2020 yang perlu dilengkapkan oleh pelajar tahun 1 SVM yang bakal mendaftar pada 28 Januari 2020.

(hantar secara hardcopy semasa pendaftaran)

smileySekian,  terima kasih.
 
#kvdlm #kvdlm2020 #pelajarbaru #kolejvokasional

.............................................................................................................................................................

 
eTUNAI RAKYAT 2020 - PENEBUSAN RM30 KREDIT eWALLET
 
Berita baik buat warganegara Malaysia terutamanya yang berumur 18 tahun ke atas. Anda layak untuk menikmati manfaat daripada program eTunai Rakyat. Bagi yang berkelayakan, berikut dikongsikan maklumat berkaitan eTunai Rakyat 2020 Cara Daftar dan Tebus RM30 kredit eWallet buat rujukan semua. Klik di sini.
 
Buat makluman semua, pelaksanaan inisiatif eTunai Rakyat telah diumumkan oleh Menteri Kewangan, Lim Guan Eng pada pembentangan Bajet 2020. Penebusan wang eTunai Rakyat ini boleh dilakukan dengan menggunakan mana-mana aplikasi eWallet Malaysia yang terlibat iaitu:
1.  Touch 'N Go eWallet
2.  Boost
3.  GrabPay
 
WOW have you heard? You can now claim your FREE RM30 eTunai Rakyat and get an ADDITIONAL SHAKE up to RM8,888 with Boost!
 
Look out for eTunai Rakyat 2020 in the Boost App and use my Invite Code nur2n2be while you complete the claim.
 
Download the Boost App on Google Playstore or App Store:
 
 
 
 
BERITA
Move
-

............................................ BERITA UTAMA ............................................

Top Headline
HARI TERBUKA JABATAN PERTANIAN 2019

Assalamualaikum dan salam sejahtera.. Kolej Vokasional Dato' Lela Maharaja akan mengadakan hari Terbuka Jabatan Pertanian 2019 seperti ketetapan berikut: Hari : Selasa Tarikh : 02 April 2019 SEMUA DIJEMPUT HADIR UNTUK MEMERIAHKAN LAGI HARI TERBUKA JABATAN PERTANIAN INI!!

Read More...

PEPERIKSAAN KERTAS SEJARAH 1251 BAGI CALON SVM AMBILAN 2013 - 2016

Read More...
PENILAIAN AKHIR SINGLE TIER

PERLAKSANAAN PENILAIAN AKHIR SINGLE TIER PROGRAM PERSIJILAN KEMAHIRAN MALAYSIA AMBILAN 2014 SECARA PERTAULIAHAN   Sukacita dimaklumkan bahawa perlaksanaan Penilaian Akhir Single Tier Program Persijilan Kemahiran Malaysia ambilan 2014 secara pertauliahan akan diadakan di KVDLM seperti ketetapan berikut: Tarikh   : 1-5 Oktober 2018 Tempat : Kolej Vokasional Dato' Lela Maharaja, Rembau.  

Read More...
FLORIA 2018 KVDLM MERANGKUL ANUGERAH "ECO-FRIENDLY GARDEN AWARD"

Pada 25 Ogos hingga 2 September 2018, Perbadanan Putrajaya (PPJ) dengan sokongan Kementerian Wilayah Persekutuan sekali lagi telah menganjurkan Festival Bunga dan Taman Diraja Putrajaya atau FLORIA Diraja Putrajaya 2018 untuk kali yang ke-10 di Anjung Floria Event Centre, Presint 4, Putrajaya yang bertemakan “10 Kegemilangan FLORIA” atau “10 Wonders of FLORIA”. Seramai 41 pelajar yang terdiri daripada 38 pelajar Tahun 2 Diploma Seni Bina Landskap dan 3 pelajar Sijil Kemahiran Malaysia Landskap Kolej Vokasional Dato’ Lela Maharaja telah menyertai pertandingan senireka taman peringkat university dan kolej dan telah dianugerahkan pingat ECO-FRIENDLY GARDEN AWARD. Pelajar-pelajar ini telah di bimbing oleh pensyarah mereka iaitu Pn Roshidah binti Mohd Zin dan Pn Sharifah Amirah Binti Syed Ali. Sebanyak 19 insitusi pengajian tinggi telah terlibat dalam...

Read More...
Perasmian Bulan Kemerdekaan Ke-61 KVDLM

Rembau, 13 Ogos 2018 - Unit Sejarah dan Unit Pengajian Malaysia dengan kerjasama Unit Bahasa Melayu dan Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) Kolej Vokasional Dato' Lela Maharaja telah menganjurkan Majlis Perasmian Bulan Kemerdekaan ke-61 peringkat kolej di Dataran Kejat tapak perhimpunan KVDLM. Majlis pelancaran ini telah dirasmikan oleh Pengarah KVDLM, Pn Hjh Minah binti Ahmad. Hari Kebangsaan disambut di seluruh negara pada 31 Ogos setiap tahun bagi menandakan negara bebas daripada belenggu penjajahan sejak 1511. Hari Kebangsaan merupakan peristiwa utama dan disambut secara besar-besaran bagi memperingati detik bersejarah negara kita mencapai kemerdekaan. Pada 31 Ogos ini, negara kita menyambut ulang tahun hari kemerdekaan yang ke-61. Oleh itu, sambutan kemerdekaan diadakan di peringkat kolej untuk memupuk semangat patriotik dalam jiwa pelajar agar sentiasa sayang dan cinta...

Read More...
KVDLM terima kunjungan UTM, Ivania State University dan Hawkeye Community College, USA

Pada 30 Julai yang lalu, KVDLM berbesar hati menerima kunjungan dari Universiti Teknologi Malaysia (UTM) bersama dengan pensyarah lvania State University, USA dan Hawkeye Community College, USA. Mereka ingin meninjau program pertanian yang ditawarkan dan diberi peluang mengajar pelajar-pelajar KVDLM. Pelajar-pelajar ternyata bersemangat dan dapat menarik minat mereka. Disamping itu, pihak kolej berpeluang mempelajari dan bertukar-tukar pandangan, idea serta budaya mereka. Program ini juga dilihat sebagai lembaran baru membentuk hubungan yang lebih erat dengan pihak mereka.                            

Read More...

BERITA KVDLM

  • 1
  • 2
  • 3
  • 4
  • 5
  • 6
  • 7
  • 8
Laman Utama
Events Calendar Print Email help
See by year See by month See by week See Today Search Jump to month
Events for the
Wednesday, 29 January 2020



JEvents v1.5.5   Copyright © 2006-2010

eTUNAI RAKYAT

 STATISTIK DATA

Bilangan Guru
Lelaki Perempuan
25 102
127
Bilangan Staf
Lelaki Perempuan
12 6
18
Bilangan Pelajar
Lelaki Perempuan
396 297
693
Bilangan Pelajar Asrama
Lelaki Perempuan
194 206
400

[ Data sehingga 13 Februari 2018 ]

January 2020
S M T W T F S
29 30 31 1 2 3 4
5 6 7 8 9 10 11
12 13 14 15 16 17 18
19 20 21 22 23 24 25
26 27 28 29 30 31 1

 

PAUTAN PANTAS

APLIKASI - E

 

PENGARAH

PN HJH MINAH BINTI AHMAD

Kenali Tuan Pengarah

Perutusan Pengarah

VIDEO KORPERAT KVDLM

Klik 2 kali pada video untuk melihat paparan penuh

DATA PENGUNJUNG

105913
Hari IniHari Ini74
SemalamSemalam1624
Minggu iniMinggu ini2865
Bulan IniBulan Ini23257
JumlahJumlah1059133
Terima Kasih kerana mengunjungi Portal Rasmi Kolej Vokasional Dato' Lela Maharaja, Rembau
Kami ada 30 pelawat online

TINJAUAN

Siapa Anda?

FROG VLE

KOLEJ VOKASIONAL DATO' LELA MAHARAJA
71300 Rembau
Negeri Sembilan Darul Khusus
No Tel : +606-6851218
No Faks : +606-6858178

logo

Paparan terbaik menggunakan pelayar Internet Explorer versi 7.0 atau Mozilla Firefox versi 3.0 keatas dengan resolusi 1024 x 768 piksel.

TALIAN HOTLINE
KHIDMAT PELANGGAN
KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA
No Tel : +603-7723 7070
E-Mel : kpkpm@moe.gov.my