Khamis, Disember 14, 2017
   
Text Size

MAKLUMAN TARIKH PENILAIAN AKHIR SIJIL KEMAHIRAN MALAYSIA DAN TARIKH

KONVOKESYEN KALI KE-2 2017

 

TARIKH: Bermula 18 Ogos hingga 27 Ogos 2017

TEMPAT: Universiti Sains Islam Malaysia, Nilai

 

 

MAJLIS ANUGERAH KECEMERLANGAN KVDLM 2017

TARIKH : 6 OKTOBER 2017

HARI : JUMAAT

MASA : 8.00 PAGI HINGGA 12.00 TENGAH HARI

TEMPAT : DEWAN MAKAN ASPURI, KVDLM

surat konvo

BERITA

MAJLIS PERSARAAN TIMBALAN PENGARAH AKADEMIK - TN HJ MOHAMAD AMINORDIN BIN AMAT

KVDLM 20 Feb, - Selepas berkecimpung dalam dunia pendidikan sejak 37 tahun, Tuan Haji Mohamad Aminordin bin Amat, 58, diraikan guru-guru dan para pelajar Kolej Dato' Lela Maharaja, Rembau dekat sini hari ini dengan penuh meriah sebagai simbolik persaraan wajib beliau sebagai Timbalan Pengarah Akademi di KVDLM.

Beliau telah berkecimpung dalam bidang perguruan sejak 1977. Sekolah pertama beliau bertugas ialah di Sekolah Kebangsaan Felda Jengka 2 sebelum bertukar ke Sekolah Kebangsaan Felda Bukit Rokan pada tahun 1982. Akhirnya beliau kembali ke kampung halamannya di Rembau, Negeri Sembilan pada tahun 1988 dan bertugas di kolej ini yang dahulunya dikenali sebagai Sekolah Vokasional Pertanian.  Sepanjang perkhidmatan, beliau pernah dilantik sebagai Guru Penolong Kanan HEM pada tahun 1995. Seterusnya pada tahun 2004 beliau telah dilantik sebagai Guru Penolong Kanan.

Satu wakaf telah dibina dan dinamakan sebagai Wakaf Haji Amin bagi memperingati jasa beliau yang telah berkhidmat di kolej ini lebih daripada 26 tahun.

Di majlis tersebut, beliau turut menasihati pelajar meletakkan diri dalam golongan berilmu dengan tidak mensia-siakan peluang menuntut ilmu di kolej kerana amat penting dalam persediaan menuju kejayaan.

Akhir sekali, pihak kolej mengucapkan Selamat Bersara dan terima kasih kepada Tuan Haji Mohamad Aminordin bin Amat di atas perkhidmatan beliau.

 

KOLEJ VOKASIONAL DATO' LELA MAHARAJA
71300 Rembau
Negeri Sembilan Darul Khusus
No Tel : +606-6851218
No Faks : +606-6858178

logo

Paparan terbaik menggunakan pelayar Internet Explorer versi 7.0 atau Mozilla Firefox versi 3.0 keatas dengan resolusi 1024 x 768 piksel.

TALIAN HOTLINE
KHIDMAT PELANGGAN
KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA
No Tel : +603-7723 7070
E-Mel : kpkpm@moe.gov.my