Khamis, Disember 14, 2017
   
Text Size

MAKLUMAN TARIKH PENILAIAN AKHIR SIJIL KEMAHIRAN MALAYSIA DAN TARIKH

KONVOKESYEN KALI KE-2 2017

 

TARIKH: Bermula 18 Ogos hingga 27 Ogos 2017

TEMPAT: Universiti Sains Islam Malaysia, Nilai

 

 

MAJLIS ANUGERAH KECEMERLANGAN KVDLM 2017

TARIKH : 6 OKTOBER 2017

HARI : JUMAAT

MASA : 8.00 PAGI HINGGA 12.00 TENGAH HARI

TEMPAT : DEWAN MAKAN ASPURI, KVDLM

surat konvo

BERITA

MAJLIS PERPISAHAN

PUTERI RESORT MELAKA 28 Feb, Kelab Pensyarah kVDLM telah mengadakan Majlis Perpisahan pensyarah yang telah bertukar ke sekolah lain dan bersara. Pensyarah yang diraikan ialah Tn Hj Mohamad Aminordin bin Amat yang telah bersara wajib, Pn Rahimah binti Endut yang telah berpindah ke SMK Najihah, dan Pn Che Ku Noraini binti Che Ku Hitam yang telah berpindah ke SMK Rompin, Pahang. Turut hadir dalam majlis ini ialah semua pensyrah dan kakitangan kolej serta YDP PIBG KVDLM Dato' Hanapi bin Daing Dalisang.

Juruacara Majlis petang itu dikendalikan oleh En Nazri bin Ujang yang dimulai dengan bacaan doa oleh Ustaz Safuan. Seterusnya majlis memperdengarkan ucapan oleh pengarah kolej En Mohd Joned bin Musa yang berasa sedih atas persaraan En Mohamad Aminordin namun sebagai penjawat awam detik ini perlu di lalui. Jutaan terima kasih yang tidak terhingga kepada khidmat bakti yang di curahkan oleh Pn Rahimah Endut dan Che Ku Noraini Che Ku Hitam.

Seterusnya ucapan daripada Tn Hj Mohamad Aminordin yang berasa terharu kerana pihak kolej telah mengadakan satu majlis yang sunguh meriah dan bermakna. Beliau juga mengambil kesempatan memohon ampun dan maaf kepada semua warga kolej. Beliau turut berharap KVDLM meneruskan legasi kecemerlangan.

Seterusnya majlis diteruskan dengan pemotongan kek sempena persaraan Tn Hj Mohamad Aminordin dan meraikan ulang tahun kelahiran pensyarah-pensyarah KVDLM yang lahir pada bulan februari. Majlis diteruskan dengan minum petang dan diselangi dengan persembahan mutimedia oleh Pn Maisarah yang memaparkan ringkasan perjalanan sejarah Tn Hj Mohamad Aminordin bin Amat.

Majlis diakhiri dengan acara bersalam-salaman dengan Tn Hj Mohamad Aminordin dan Pn Rahimah. Ramai yang mengambil kesempatan untuk bergambar kenang-kenangan bersama yang dirai sebagai tanda ingatan sempena majlis perpisahan ini.

KOLEJ VOKASIONAL DATO' LELA MAHARAJA
71300 Rembau
Negeri Sembilan Darul Khusus
No Tel : +606-6851218
No Faks : +606-6858178

logo

Paparan terbaik menggunakan pelayar Internet Explorer versi 7.0 atau Mozilla Firefox versi 3.0 keatas dengan resolusi 1024 x 768 piksel.

TALIAN HOTLINE
KHIDMAT PELANGGAN
KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA
No Tel : +603-7723 7070
E-Mel : kpkpm@moe.gov.my