Isnin, Oktober 15, 2018
   
Text Size

MAJLIS MENANDATANGANI MEMORANDUM PERSEFAHAMAN & PENYERAHAN RASMI PERANTIS SLDN KVDLM KEPADA CHAROEN POKPHAND FARM (M) SDN BHD

DATARAN KEJAT KVDLM 4 Mac 2014 - Satu Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) antara Kolej Vokasional Dato' Lela Maharaja dengan Charoen Pokphand Farm (M) Sdn Bhd telah diadakan.

Pada majlis tersebut, dokumen MoU telah ditandatangani oleh Tuan Haji Zakaria Bin Md Noor, Timbalan Pengarah Pembangunan Kejurulatihan Bahagian Pendidikan Teknik dan Vokasional Kementerian Pelajaran Malaysia yang mewakili Kolej Vokasional Dato' Lela Maharaja. Sementara En. Pratan Jongpun, Presiden Charon Pokphand Jaya Farm (M) Sdn Bhd mewakili syarikatnya. Memorandum ini telah disaksikan oleh Datuk Dr. Awaludin bin Said, Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kawasan Kota, Tuan Mohd Joned bin Musa, Pengarah KVDLM, dan Encik Chote Tangseng, Timbalan Kanan Presiden Charon Pokphand Jaya Farm (M) Sdn Bhd.

Objektif perjanjian ini ialah:

  • Mewujudkan perjanjian persefahaman antara Pusat Latihan dan pihak Syarikat SLDN bagi kepentingan dan kebaikan bersama dengan menandatangani MoU yang telah dipersetujui bersama
  • Mewujudkan hubungan kerjasama yang baik di antara Pusat Latihan, Kolej Vokasional Dato' Lela Maharaja, Rembau dengan pihak industri iaitu Charoen Pokphand Jaya Farm (M) Sdn Bhd.
  • Mengadakan perjanjian "simbiosis" antara kedua-dua pihak iaitu Pusat Latihan dan Syarikat SLDN bagi kepentingan bersama
  • Memastikan perantis dapat menimba pengalaman dan mempelajari bidang poultry mengikut NOSS yang ditetapkan JPK secara amali di ladang Charoen Pokphand Jaya Farm (M) Sdn Bhd.
  • Mewujudkan kerjasama erat di antara pensyarah dan "coach" yang terlibat dari segi perkongsian ilmu, kemahiran dan teknologi dalam bidang poltry.

Pada majlis tersebut turut diadakan penyerahan rasmi Perantis SLDN Kolej Vokasional Dato' Lela maharaja kepada Charoen Pokphand Jaya Farm (M) Sdn Bhd.

Program Sistem Latihan Dual Nasional (SLDN) yang dilaksanakan di Kolej Vokasional Dato' Lela Maharaja merupakan satu usaha kerjasama di antara pusat latihan dengan industri (Charoen Pokphand Jaya Farm (M) Sdn. Bhd.) syarikat bagi perantis menimba ilmu, kemahiran dan menjalani latihan praktikal/amali selain daripada mempelajari ilmu berkaitan poltri secara teori di pusat latihan iaitu Kolej Vokasional Dato' Lela Maharaja. Dengan adanya program ini, diharapkan hubungan baik yang terjalin di antara pusat latihan dan pihak industri dapat dikekalkan bagi tempoh jangka masa panjang.

KOLEJ VOKASIONAL DATO' LELA MAHARAJA
71300 Rembau
Negeri Sembilan Darul Khusus
No Tel : +606-6851218
No Faks : +606-6858178

logo

Paparan terbaik menggunakan pelayar Internet Explorer versi 7.0 atau Mozilla Firefox versi 3.0 keatas dengan resolusi 1024 x 768 piksel.

TALIAN HOTLINE
KHIDMAT PELANGGAN
KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA
No Tel : +603-7723 7070
E-Mel : kpkpm@moe.gov.my