MAJLIS PRLANCARAN MINGGU INOVASI KVDLM 2014 PDF Cetak E-mail
Ditulis oleh Administrator   
Khamis, 17 April 2014 12:02

KVDLM, 7 APRIL 2014 - Minggu Inovasi Peringkat Kolej Vokasional Dato' Lela maharaja yang dilancarkan dalam Majlis Perhimpunan Mingguan telah disempurnakan oleh Pengarah Kolej Vokasional Dato' Lela Maharaja, Tuan Mohd Joned Bin Musa. Minggu Inovasi ini bermula dari 7 April 2014 hingga 11 April 2014.

Program yang berjalan serentak di semua Kolej Vokasional dan Sekolah Menengah Teknik seluruh Malaysia ini bertujuan untuk membudayakan inovasi dikalangan warga Kolej Vokasional dan Sekolah Menengah Teknik. Antara aktiviti yang akan dilaksanakan ialah:

  • Ideation (idea inovasi pelajar) - Anugerah Kelas Inovatif
  • Kuiz Inovasi
  • Guru Paling Inovasi
  • Opps!! Santai

Inovasi ialah kaedah mencari jalan untuk menghasilkan produk atau perkhidmatan yang lebih baik sama ada melalui pengubahsuaian atau penambahbaikan. Ia adalah hasil cetusan idea-idea yang kreatif dan inovatif dalam mana-mana aspek kerja yang dapat meningkatkan kualiti dan produktiviti organisasi. Idea-idea ini boleh merangkumi apa-apa perubahan dalam bentuk sistem dan prosedur, kaedah dan cara bekerja mahupun pengenalan teknologi. Sejajar dengan itu juga inovasi merupakan kebolehan untuk mencipta kemahiran di dalam menyelesaikan sesuatu masalah dan peluang untuk meningkatkan atau memperkayakan taraf hidup masyarakat. Rentetan itu, sebagai Kolej Vokasional yang amat mementingkan aspek kemahiran yang perlu dikuasai oleh pelajar, wajarlah minggu inovasi ini diadakan diperingkat kolej sebagai suatu langkah permulaan untuk mencungkil idea yang kreatif, bakat serta kemahiran inovasi yang ada pada diri warga kolej KVDLM terutama para pelajar dan guru

Pemenang Pertandingan Ideation (Idea inovasi pelajar) Peringkat Kolej Vokasional dan Sekolah Menengah Teknik masing-masing akan dibawa bertanding ke peringkat zon. Kolej Vokasional Dato' Lela Maharaja akan bertanding dalam Zon Negeri Sembilan / Melaka yang dijangka dilaksanakan pada 12 Mei 2014 nanti.

 

Terakhir Dikemaskini pada Khamis, 17 April 2014 12:27