90 PENSYARAH DAN KAKITANGAN KVDLM BERJAYA MENGIKUTI KURSUS FROG VLE PDF Cetak E-mail
Ditulis oleh Administrator   
Khamis, 17 April 2014 17:26

KVDLM 11 April 2014 - seramai 90 orang pensyarah dan kakitangan Kolej Vokasional Dato’ Lela Maharaja, KVDLM  telah berjaya menamatkan kursus Persekitaran Pembelajaran Maya ( Frog VLE)  yang diadakan di makmal ICT KVDLM sejak Mac yang lalu.

Ia adalah satu sistem pembelajaran berasaskan web yang menyerupai dunia pembelajaran sebenar dengan mengintegrasikan konsep pendidikan konvensional dengan kaedah maya. Sebagai contoh, guru-guru dapat memberi tugasan, ujian dan menyemak tugasan secara maya, sementara pelajar dapat menghantar tugasan dan menyemak markah menerusi VLE. Ibu bapa boleh berkomunikasi dengan pihak sekolah manakala pentadbir sekolah boleh menguruskan kalendar sekolah dan mewar-warkan notis sekolah melalui Internet. Frog VLE boleh diakses di mana jua, pada bila-bila masa dengan adanya sambungan Internet.

Menurut Penyelaras Kursus VLE-Frog, Diana Aizera Ramli, pihak kolej terus mula mengadakan kursus ini sejak 7 Mac yang lalu. Pensyarah dan kakitangan kolej ini telah dibahagikan kepada tiga sesi bagi memudahkan penyampaian ilmu dan lebih praktikal serta bekerjasama dengan Unit Latihan Kemajuan Staf (ULKS ) bagi melincinkan lagi berjalanan kursus.

 “Saya menyeru kepada semua pensyarah dan kakitangan KVDLM supaya dapat membangunkan laman web dan dashboard  sendiri merujuk kepada mata pelajaran masing-masing agar dapat diakses oleh pelajar. Kursus peringkat ke dua untuk para pelajar kolej akan dibangunkan tidak lama lagi. Pelajar diminta untuk membuat pengisian data yang lebih lengkap ‘katanya ketika ditemui  petang tadi.

Mengulas mengenai kursus ini, peserta kursus, Nursyazwani Baharin , memuji program VLE-Frog ini sangat bagus dan perlu diteruskan pembangunannya supaya  lebih menarik dan  boleh berkongsi laman dengan para pendidik lain untuk mencari sumber-sumber pendidikan  .Beliau turut mencadangkan peserta kursus supaya explore program ini di rumah kerana masa yang diperuntukkan begitu terhad.

Diharap Program Frog VLE adalah ruang untuk menyokong pendidik dengan menyediakan tutorial video, panduan latihan dan manual pengguna untuk membantu mereka memperolehi Kemahiran Frog yang baru.

 

 

 

Terakhir Dikemaskini pada Khamis, 17 April 2014 17:32