Isnin, Oktober 02, 2023
   
Text Size

MAJLIS PELANCARAN FROG VLE KOLEJ VOKASIONAL DATO' LELA MAHARAJA

DATARAN KEJAT KVDLM, 14 April 2014 - Pelancaran Frog Vle 1BestariNet peringkat Kolej Vokasional Dato' Lela Maharaja  telah diadakan semasa Majlis Perhimpunan Mingguan dengan disempurnakan oleh Pengarah Kolej Vokasional Dato' Lela Maharaja, Tuan Mohd Joned bin Musa.

Majlis telah dimulakan dengan ucapan oleh wakil Frog VLE Muhammad Asyraf bin Amir Hamzah, Eksekutif YTL Comunications Sdn Bhd yang merupakan salah seorang yang menjadi tulang belakang Program 1Bestarinet di Negeri Sembilan. Menurut beliau VLE atau Virtual Learning Environment adalah satu kaedah penyelesaian bersepadu yang membolehkan pengajaran, pembelajaran, kolaborasi dan pengurusan pentadbiran yang boleh diakses di sekolah, atau di mana-mana sahaja melalui capaian internet. Ia juga boleh dikatakan sebagai School Community Environment disebabkan ibu bapa boleh mengakses apa jua hal-hal berkaitan pendidikan di sekolah ini melalui laman web.

VLE-FROG juga merupakan satu projek Transformasi sistem pendidikan yang telah dilaksanakan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia di bawah Projek  1BestariNet mulai tahun 2011. Di dalam projek ini, sekolah-sekolah dilengkapi dengan penyelesaian bersepadu mengenai urusan pentadbiran sekolah, kaedah maya pengajaran dan pembelajaran dan maklumat-maklumat terkini persekolahn murid-murid menerusi capaian internet.

Pada majlis tersebut seramai 9 orang pelajar telah terpilih sebagai VLE Student Champion untuk memacu penggunaan Frog VLE di kalangan pelajar. Seramai 7 orang pensyarah KVDLM yang telah menggunakan Frog VLE dalam pengajaran pula telah diberi penghargaan sebagai pemangkin bagi meneruskan penggunaan Frog VLE di Kolej Vokasional Dato' Lela Maharaja.

Menurut Diana Aizera Ramli, penyelaras Frog VLE Kolej Vokasional Dato' Lela Maharaja, bagi memastikan program frog vle ini digunakan oleh warga KVDLM, beliau telah mengadakan kursus berperingkat yang melibatkan semua pelajar, pensyarah dan kakitangan KVDLM dari januari 2014 hingga kali yang terakhir pada 11 April 2014. Beliau berharap warga KVDLM dapat menggunakan Frog VLE ini sebagai medium pengajaran dan pembelajaran yang baru bagi memastikan matlamat Transformasi Sistem Pendidikan Malaysia berjaya.

 

KOLEJ VOKASIONAL DATO' LELA MAHARAJA
71300 Rembau
Negeri Sembilan Darul Khusus
No Tel : +606-6851218
No Faks : +606-6858178

E-Mel: nha3002@moe.edu.my

Paparan terbaik menggunakan pelayar Internet Explorer versi 7.0 atau Mozilla Firefox versi 3.0 keatas dengan resolusi 1024 x 768 piksel.

TALIAN HOTLINE
KHIDMAT PELANGGAN
KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA
No Tel : +603-7723 7070
E-Mel : kpkpm@moe.gov.my

 

Basic Upload