PASUKAN LELAKI CEMERLANG KEJOHANAN SOFBAL MSSN NS 2015 PDF Cetak E-mail
Ditulis oleh Administrator   
Rabu, 06 Mei 2015 22:06

18 APRIL 2015 - KVDLM terus cemerlang dengan pasukan sofbal lelaki yang telah berjaya mendapat tempat ke-2 selepas tewas tipis  dengan pasukan SMK Palong 7 yang merupakan kuasa besar sofbal Negeri Sembilan dalam perlawanan akhir Kejohanan Sofbal MSSN NS 2015 di SMK Teriang Hilir, Jelebu.

Kali terakhir pasukan sofbal KVDLM menjadi johan MSSN NS adalah pada tahun 2005. Menurut Jurulatih sofbal Kolej Vokasional Dato' Lela Maharaja, Azizol Aziz berasa bersyukur dengan kejayaan ini dan mengharapkan ianya sebagai langkah terbaik untuk lebih maju lagi pada masa akan datang seterusnya menjadi kuasa besar sofbal di Negeri Sembilan. Tahniah dan syabas diucapkan kepada rakan setugas Ust. Muhammad, Sharifah Amirah dan  para pemain” katanya.

Terakhir Dikemaskini pada Rabu, 06 Mei 2015 22:22