Keistimewaan SMTDLM PDF Cetak E-mail
Ditulis oleh Administrator   
Sabtu, 09 April 2011 23:58

 

KEISTIMEWAAN / WATAK / IMEJ / IDENTITI SEKOLAH

 

Kolej Vokasional Dato' Lela Maharaja, Rembau tersohor dengan sekolah pertanian, warga pendidik yang berketrampilan dan perkhidmatan bermutu tinggi.

 

Daripada segi reka bentuk bangunan, blok berbentuk bulat berhampiran pintu pagar utama dikenali sebagai bangunan ' UFO'. Terdapat 5 buah sahaja bangunan seumpama ini di seluruh Malaysia.

 

Kolej ini merupakansalah sebuah dari 5 buah Kolej Vokasional pertanian yang menawarkan program pertanian seperti Hortikultur Hiasan, Landskap, Agroindustri Tanaman, Agroindustri Ternakan Ruminan, Agroindustri Ternakan Poultri, Mekanisasi Agro, Pemprosesan Hasil Pertanian dan Akuakultur, serta satu kursus bukan pertanian iaitu Pengurusan Perniagaan. Setiap tahun pelajar-pelajar dari universiti pertanian di Jepun memilih KVDLM untuk dilawati den melihat sendiri bagaimana aktiviti pertanian di Malaysia dijalankan. Kolej ini juga menjadi pusat kajian Universiti Putra Malaysia untuk mahasiswanya.

 

Selain terkenal dengan pencapaian yang membanggakan dalam bidang akademik melalui pencapaian terbaik dalam peperiksaan SPM di peringkat negeri dan kebangsaan, KVDLM  juga terkenal melalui kecemerlangan dalam bidang ko-kurikulum khususnya dalam permainan softball dan lawn bowl.

 

Warga pendidik KVDLM juga mempunyai ketrampilan yang dapat dikenali melambangkan imej sekolah khususnya daripada segi penglibatan dalam masyarakat seperti pengadil bola sepak peringkat kebangsaan, pelatih Program Khidmat Negara, Ahli Jawatankuasa NGO, tenaga pengajar ETeMS dan ETeCS, Juru latih Utama mata pelajaran, Ahli Jawatankuasa KPPK, penggubal soalan SPM dan penulis buku teks.

 

Terakhir Dikemaskini pada Rabu, 24 Jun 2015 14:40