Isnin, Oktober 02, 2023
   
Text Size

KVDLM Tarik 50 Penyertaan Seluruh Negara Sertai Kejohanan Ragbi

REMBAU - Kolej Vokasional Dato' Lela Maharaja (KVDLM) berjaya menarik penyertaan 50 pasukan dari seluruh Semenanjung Malaysia sempena Kejohanan Ragbi Rembau Super Sevens pada 20 - 21 Januari 2018.

KVDLM mengambil inisiatif mengimbau kembali nostalgia daerah ini dalam ragbi dan berhasrat melahirkan pemain ragbi handalan yang mampu diketengahkan ke peringkat lebih tinggi dari kolej ini.

Kejohanan sebegini akan dapat mendedahkan kepada pelajar serta komuniti setempat terhadap sukan ini

Dalam kejohanan kali ini KVDLM berjaya menarik penyertaan 50 pasukan bagi berentap dalam tiga kategori yang dipertandingkan iaitu bawah 17 tahun, bawah 19 tahun dan bawah 21 tahun.

Kejohanan ini telah mendaat kerjasama kerajaan Negeri Sembilan, Kesatuan Ragbi Negeri Sembilan, Majlis Sukan Negeri Sembilan dan lain-lain tajaan bagi menguji tahap kesediaan pasukan untuk Sukan Malaysia 2018.

Turut hadir, Wakil Bahagian Pendidikan Teknik dan Vokasional (BPTV) KPM, En Rahman bin Makbul, Pegawai Pelajaran Daerah Rembau, En Azmi bin Basir; Yang Dipertua PIBG, Datuk Hanapi bin Daing Dalisang dan Wakil Kesatuan Ragbi Negeri Sembilan, En Shahrulizam bin Aziz.

Dalam Kejohanan ini pasukan KVDLM telah berjaya mendapat tempat pertama bagi kategori Folk bawah 19 tahun. 

Sempena kejohanan itu, johan bagi kategori Cup bawah 21 tahun, diraih SJ18 dari Johor, manakala johan bagi kategori Cup bawah 19 tahun menjadi milik SJ20 dari Johor. Johan bagi kategori Cup bawah 17 tahun dimenangi Tumeric RC iaitu gabungan Sekolah Berasrama Penuh.

 

 

 

KOLEJ VOKASIONAL DATO' LELA MAHARAJA
71300 Rembau
Negeri Sembilan Darul Khusus
No Tel : +606-6851218
No Faks : +606-6858178

E-Mel: nha3002@moe.edu.my

Paparan terbaik menggunakan pelayar Internet Explorer versi 7.0 atau Mozilla Firefox versi 3.0 keatas dengan resolusi 1024 x 768 piksel.

TALIAN HOTLINE
KHIDMAT PELANGGAN
KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA
No Tel : +603-7723 7070
E-Mel : kpkpm@moe.gov.my

 

Basic Upload