Isnin, Oktober 15, 2018
   
Text Size

Agensi awam, pelajar dan pensyarah sertai gotong royong perdana

KVDLM 24 Feb - Agensi awam dari Ibu Pejabat Polis Daerah Rembau, Jambatan Bomba dan Penyelamat Rembau dan Jabatan Pertahanan Awam (JPAM) Rembau telah bersama-sama warga KVDLM menyertai gotong royong perdana pada tahun ini. Aktiviti gotong-royong kali ini melibatkan agensi awam merupakan sebahagian daripada usaha pihak kolej bagi mengeratkan lagi silaturahim antara warga kolej dan agensi tersebut bagi menceriakan kawasan persekitaran KVDLM

Program bergotong-royong ini adalah salah satu langkah dominan pihak kolej untuk menceriakan kawasan kolej agar setiap pelajar akan berasa selesa dengan persekitaran kolej yang bersih dan ceria, di samping dapat memberikan keselesaan kepada pelajar dan warga kolej untuk berasa senang dan selamat ketika menjalankan aktiviti harian dan memudahkan pihak pentadbiran kolej membuat pemantauan keselamatan di kawasan persekitaran kolej. Aktiviti sebegini dapat memastikan stiap warga kolej berkerjasama untuk menjaga kebersihan kolej. Selain itu, segala kerja dapat disiapkan dengan cepat dan mudah.

Kerja-kerja pembersihan yang dijalankan di kawasan kolej ini adalah sperti memotong rumput, menebang pokok, membaung kayu-kayu, membersihkan longkang, mengecat, mengemas bilik-bilik khas dan sebagainya. Program ini berakhir pada jam 12.00 tengahari. Terima kasih dan taniah di ucapkan kepada semua yang terlibat dalam program gotong-royong ini.

   

    

   

    

      

 

 

 

 

 

 

 

 

KOLEJ VOKASIONAL DATO' LELA MAHARAJA
71300 Rembau
Negeri Sembilan Darul Khusus
No Tel : +606-6851218
No Faks : +606-6858178

logo

Paparan terbaik menggunakan pelayar Internet Explorer versi 7.0 atau Mozilla Firefox versi 3.0 keatas dengan resolusi 1024 x 768 piksel.

TALIAN HOTLINE
KHIDMAT PELANGGAN
KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA
No Tel : +603-7723 7070
E-Mel : kpkpm@moe.gov.my