Khamis, Mei 24, 2018
   
Text Size

MAJLIS PELANCARAN MINGGU MBMMBI DAN KESIHATAN 2018

  

Pada 14 Mac 2018 telah diadakan Majlis Pelancaran Minggu MBMMBI dan Kesihatan di Sanggar Ilmu, KVDLM. Pelancaran Minggu MBMMBI dan Kesihatan 2018 telah dirasmikan oleh Puan Hajah Mahaya binti Mohd Yassin yang merupakan Munsyi Dewan. 

Rentetan pemansuhan Dasar Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) pada 8 Julai, 2009, maka Dasar Memartabatkan Bahasa Melayu dan Memperkukuh Bahasa Inggeris (MBMMBI) telah mengambil tempat. Bahasa Melayu telah dianggap sebagai Lingue France dan sesuai menjadi bahasa ilmu serta bahasa perpaduan ke arah melahirkan negara bangsa berlandaskan prinsip 1 Malaysia. Bahasa Inggeris pula merupakan bahasa komunikasi antarabangsa yang amat perlu dikuasai oleh para pelajar supaya kelak mereka mampu bersaing sama ada di peringkat nasional mahupun global. Jesteru dasar MBMMBI yang diperkenalkan oleh kerajaan adalah amat releven dan bertepatan dengan keperluan pembangunan negara pada masa ini. 

Objektif program ini adalah untuk mempertabatkan Bahasa Melayu dan memperkukuh Bahasa Inggeris, mempelbagaikan aktiviti dalam PdPC berpusatkan pelajar, mengembangkan bakat pelajar, menyemai sifat pemurah dan penyayang dan memantapkan kecergasan fizikal dan mental secara maksimum.

Antara acara atau program sepanjang minggu MBMMBI dan kesihatan ini adalah seperti berikut:

Tarikh / Hari

Acara / Program

12 Mac 2018

Isnin

  • Talent Time
  • Cross Word Puzzle
  • Pertandingan Folio Komsas SVM
  • Latihan Kejohanan Olahraga

13 Mac 2018

Selasa

  • Raptai dan acara awal kejohanan
  • Explorace MBMMBI
  • Pertandingan Deklamasi Sajak
  • Acara awal kejohanan olahraga

14 Mac 2018

Rabu

  • Pelancaran MBMMBI & Kesihatan
  • Bacaan 5 minit anti dadah
  • Bengkel Penulis Muda oleh Pn Hjh Mahaya Mohd Yassin, Munsyi Dewan
  • Program Derma Darah
  • Pertandingan Swafoto
  • Pertandingan Save Life, Save Humanity
  • Van Perpustakaan Bergerak
  • Acara awal kejohanan olahraga

15 Mac 2018

Khamis

  • Hari Kejohanan Olahraga KVDLM

 

16 Mac 2018

Jumaat

  • Majlis Penutup & Penyampaian Hadiah

   

   

   

  

   

   

  

KOLEJ VOKASIONAL DATO' LELA MAHARAJA
71300 Rembau
Negeri Sembilan Darul Khusus
No Tel : +606-6851218
No Faks : +606-6858178

logo

Paparan terbaik menggunakan pelayar Internet Explorer versi 7.0 atau Mozilla Firefox versi 3.0 keatas dengan resolusi 1024 x 768 piksel.

TALIAN HOTLINE
KHIDMAT PELANGGAN
KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA
No Tel : +603-7723 7070
E-Mel : kpkpm@moe.gov.my