Khamis, Disember 13, 2018
   
Text Size

15 pensyarah, 8 pelajar ikuti kursus "Design Your Course On MOOCS Workshop"

KVDLM - seramai 15 pensyarah dan 8 pelajar KVDLM telah mengikuti kursus "Design Your Course On MOOCS Workshop" di Makmal Komputer KVDLM pada 30 hingga 31 Mei 2018. Kursus ini telah di sampaikan oleh Dr Sya Azmeela bt Shariff, Senior Lecture Universiti Teknologi Malaysia.

MOOCs ataupun Massive Open Online Course merupakan kursus pembelajaran dalam talian (online) yang terbuka secara percuma. Sehingga kini, MOOCs Malaysia memawarkan pelbagai kursus yang menarik dan lebih 137 946 pelajar daripada lebbih 80 negara mengikuti MOOC Malaysia. MOOCs Malaysia merupakan agenda keutamaan Kementerian di bawah  Lonjakan 9: Pembelajaran Dalam Talian Tahap Global (Globalised Online Learning)  di bawah Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2015 - 2025. Untuk maklumat lanjut, layari pautan berikut https://www.openlearning.com/malaysiamoocs.

Kursus ini bertujuan untuk meluaskan akses pendidikan, meningkatkan kualiti pengajaran dan pembelajaran, mengurangkan kos penyampaian dan menonjolkan KVDLM di samping memupuk pembelajaran sepanjang hayat khusus dalam kalangan warga KVDLM.

Pengarah KVDLM Pn hjh Minah berkata, pendidik KVDLM yang hadir kursus ini akan dapat membangunkan kursus dalam talian sebagai usaha untuk memacu pembelajaran aktif dan kolabrasi dalam kalangan pelajar kolej ini. MOOCs adalah satu sistem yang membolehkan pelajar kolej ini belajar atas talian tnpa perlu menghadiri kelas dan ia boleh diakses di mana-mana sahaja mereka berada. Pelajar sekarang sudah tidak gemar ke kelas dan kebanyakan mereka lebih gemar belajar di luar kelas. Justeru, kursus yang ditawarkan MOOCs menerusi platorm OpenLearning ini pasti memberi mereka lebih keseronokan untuk belajar, katanya pada akhir kursus tersebut. Beliau juga berkata, menerusi MOOCs, pelajar KVDLM juga berpeluang berinteraksi dengan pensyarah mereka pada bila-bila masa sahaja. Selain itu, pelajar juga boleh berbincang dengan pelajar lain dari seluruh dunia yang turut mendaftar dalam sistem berkenaan.

  

   

   

KOLEJ VOKASIONAL DATO' LELA MAHARAJA
71300 Rembau
Negeri Sembilan Darul Khusus
No Tel : +606-6851218
No Faks : +606-6858178

logo

Paparan terbaik menggunakan pelayar Internet Explorer versi 7.0 atau Mozilla Firefox versi 3.0 keatas dengan resolusi 1024 x 768 piksel.

TALIAN HOTLINE
KHIDMAT PELANGGAN
KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA
No Tel : +603-7723 7070
E-Mel : kpkpm@moe.gov.my