Selasa, Oktober 16, 2018
   
Text Size

Perasmian Bulan Kemerdekaan Ke-61 KVDLM

Rembau, 13 Ogos 2018 - Unit Sejarah dan Unit Pengajian Malaysia dengan kerjasama Unit Bahasa Melayu dan Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) Kolej Vokasional Dato' Lela Maharaja telah menganjurkan Majlis Perasmian Bulan Kemerdekaan ke-61 peringkat kolej di Dataran Kejat tapak perhimpunan KVDLM. Majlis pelancaran ini telah dirasmikan oleh Pengarah KVDLM, Pn Hjh Minah binti Ahmad.

Hari Kebangsaan disambut di seluruh negara pada 31 Ogos setiap tahun bagi menandakan negara bebas daripada belenggu penjajahan sejak 1511. Hari Kebangsaan merupakan peristiwa utama dan disambut secara besar-besaran bagi memperingati detik bersejarah negara kita mencapai kemerdekaan. Pada 31 Ogos ini, negara kita menyambut ulang tahun hari kemerdekaan yang ke-61. Oleh itu, sambutan kemerdekaan diadakan di peringkat kolej untuk memupuk semangat patriotik dalam jiwa pelajar agar sentiasa sayang dan cinta akan negara serta berusaha untuk mengekalkan kemerdekaan yang telah kita capai pada hari ini. Sambutan hari kemerdekaan pada tahun ini bertemakan "Sayangi Malaysiaku".

Aktiviti yang diadakan sepanjang bulan kemerdekaan ini di KVDLM adalah seperti berikut:

  1. Pertandingan Projek Course Outline 
  2. Pertandingan Menghias Info Sejarah
  3. Pertandingan Hiasan Unit
  4. Pertandingan Nyanyian Patriotik
  5. Pertandingan Drama Sebabak
  6. Pertandingan Kuiz Kemerdekaan 
  7. Pertandingan Slot Penulisan
  8. Pertandingan Melukis Poster
  9. Larian Merdeka

  

  

  

  

  

KOLEJ VOKASIONAL DATO' LELA MAHARAJA
71300 Rembau
Negeri Sembilan Darul Khusus
No Tel : +606-6851218
No Faks : +606-6858178

logo

Paparan terbaik menggunakan pelayar Internet Explorer versi 7.0 atau Mozilla Firefox versi 3.0 keatas dengan resolusi 1024 x 768 piksel.

TALIAN HOTLINE
KHIDMAT PELANGGAN
KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA
No Tel : +603-7723 7070
E-Mel : kpkpm@moe.gov.my