KVDLM MERANGKUL 3 ANUGERAH PESTA MUZIK DAERAH REMBAU PDF Cetak E-mail
Ditulis oleh Administrator   
Khamis, 17 Mei 2012 15:35

7 MEI 2012  - Bertempat di Sekolah Menengah Kebangsaan Undang Rembau (URESS), telah berlangsung Pesta Muzik Daerah Rembau 2012 yang menyaksikan KVDLM merangkul 3 anugerah iaitu Johan Koir dan dua anugerah tempat ke-3 Kompang Formasi dan Nyanyian Solo. Anuar Zain Junior Muhamad Redha bin Khairul Anuar sekali lagi berjaya memenangi Anugerah Nyanyian

Solo dengan mendapat tepukan yang gemuruh daripada penonton. Kehebatan dan kemerduan suara mirip Anuar Zain menjadikan beliau semakin popular. Lebih manis lagi pasukan Koir tidak kurang hebatnya apabila berjaya mengondol Juara Daerah. Satu keistimewaan pasukan ini ialah aksi instruktur yang begitu hebat dan dramatik sehingga mampu mencuri hati Hakim yang bijakasana. Instruktur popular ini ialah Muhamad Najib dari kelas 5AT2.  Menurut jurulatih koir Cik Tam Suet Yet, mereka telah berlatih dengan bersungguh-sungguh sehinga lewat petang. Beliau begitu berbanga dengan komitmen yang diberikan oleh pelajar, walaupun keletihan selepas sesi pembelajaran. Semoga pasukan koir KVDLM akan terus cemerlang diperingakat Negeri. Pasukan Kompang KVDLM dipimpin oleh Cikgu Azzri bin Kimun, manakala Nyanyian Solo dipimpin oleh Cikgu Nazri Ujang.

Terakhir Dikemaskini pada Rabu, 02 April 2014 11:35