KVDLM BERJAYA MENDAPAT PENSIJILAN 5S DARIPADA MPC PDF Cetak E-mail
Ditulis oleh Administrator   
Khamis, 17 Mei 2012 15:54

11 MEI 2012 -KVDLM telah berjaya mendapat Penganugerahan Sijil 5S setelah hampir 3 bulan bertungkus lumus untuk menaik taraf KVDLM menjadi persekitaran yang kondusif dan selesa. Menurut Penyelaras 5S Pn Rozi Tahir, Warga KVDLM telah menyusun atur dan menaik taraf bilik pensyarah, kelas, asrama, bilik-bilik khas dan persekitaran sekolah, sedikit demi sedikit

sehingga mampu mengubah landskap sekolah yang cantik, kemas dan ceria. Tanpa kerjasama, bagai aur dengan tebing semua AJK 5S, beliau yakin pensijilan ini tidak akan mampu dimiliki. Tuan Pengetua, Tn Mohd Joned bin Musa, bersyukur dan berterima kasih kepada semua warga KVDLM kerana telah berusaha menjadikan KVDLM antara 15 buah sekolah fasa pertama yang mendapat Pensijilan 5S.

Terakhir Dikemaskini pada Rabu, 02 April 2014 11:35