Isnin, Ogos 20, 2018
   
Text Size
BERITA

PEMBERITAHUAN

*INGIN MENJADI SEORANG USAHAWAN DIGITAL?*
.  
Terokai Ilmu Perniagaan Digital Bersama eUsahawan. 
Anda dijemput menyertai *Program eUsahawan* anjuran Malaysia Digital Economy Corporation (MDEC) yang bertujuan memberi latihan keusahawanan digital secara *PERCUMA* kepada usahawan mikro dengan kerjasama LPPKN Negeri Sembilan.
.  
Apa yang akan anda pelajari? 
  • Facebook for Business
  • Instagram for Business 
  • WhatsApp Marketing    
  • Copywriting Techniques 
  • Search Engine Optimization (SEO) 
  • Google Trend & Google Keyword 
Apakah prasyarat yang dikenakan? 
  • Rakyat Malaysia berumur 18 tahun ke atas  
  •  Mempunyai produk atau servis untuk dipasarkan 
  • Keinginan dan minat untuk mempelajari teknik pemasaran digital 
  • Mempunyai gajet dengan sambungan internet seperti telefon pintar, tablet atau computer riba. 
.  
Seminar ini akan dijalankan satu hari penuh. Butiran seperti dibawah: 
.
Tarikh    : 17 Ogos 2018 (Jumaat)
Masa     : 8.30 pg - 6.00 ptg 
Lokasi    : Dewan Pavillion LPPKN Seremban 2 
 
Makan tidak disediakan
.  
  • *TERHAD KEPADA 50 ORANG PESERTA SAHAJA* 
 
  • Pendaftaran Akan ditutup pada <16 Ogos 2018> <Jam 11mlm>  
.  
 
Sila Call/Whatsapp 0124414945 - Azizi dengan  memberi detail-detail berikut :- 
.
1. Nama : 
2. Hp No : 
3. Jenis produk/servis : 
4. Email :
5. Keyword : e-USAHAWAN
Move
-

............................................ BERITA UTAMA ............................................

Top Headline
KVDLM terima kunjungan UTM, Ivania State University dan Hawkeye Community College, USA

Pada 30 Julai yang lalu, KVDLM berbesar hati menerima kunjungan dari Universiti Teknologi Malaysia (UTM) bersama dengan pensyarah lvania State University, USA dan Hawkeye Community College, USA. Mereka ingin meninjau program pertanian yang ditawarkan dan diberi peluang mengajar pelajar-pelajar KVDLM. Pelajar-pelajar ternyata bersemangat dan dapat menarik minat mereka. Disamping itu, pihak kolej berpeluang mempelajari dan bertukar-tukar pandangan, idea serta budaya mereka. Program ini juga dilihat sebagai lembaran baru membentuk hubungan yang lebih erat dengan pihak mereka.                            

Read More...
470 pelajar KVDLM berjaya melaksanakan Kempen "Hour of Code" 2018

Pada 30 Julai 2018 hingga 10 Ogos 2018, Unit Teknologi Maklumat telah melaksanakan Kempen “Hour of Code” 2018. Seramai 470 orang pelajar Kolej Vokasional Dato’ Lela Maharaja telah berjaya melaksanakan kempen ini dan meperolehi sijil masing-masing. Pelajar seronok mengenali asas pengaturcaraan dan pengekodan sambil bermain “game” yang disediakan. Hour of Code merupakan kempen kesedaran (awareness campaign) yang bertujuan untuk memberi pendedahan awal dan meningkatkan kesedaran murid terhadap pengekodan (coding), pengaturcaraan dan sains komputer. Kempen ini adalah selari dengan pelaksanaan KSSR Teknologi Maklumat Dan Komunikasi (TMK) Semakan dan KSSM baru bagi mata pelajaran Asas Sains Komputer (ASK) dan Sains Komputer (SK), yang menerapkan elemen Pemikiran Komputasional dan Komputer Sains. Kempen ini juga ialah salah satu komponen strategik di bawah...

Read More...
Majlis Perwakilan Pelajar KVDLM anjur kursus penyembelihan.

KVDLM - 25 Julai 2018 (Rabu), Majlis Perwakilan Pelajar Kolej Vokasional Dato' Lela Maharaja berjaya menganjurkan kursus program sembelihan di sini baru-baru ini. Penyelaras program, Muhammad Iqbal berkata, tujuan program ini diadakan bagi mendedahkan peserta dengan hukum, kaedah dan kemahiran asas mengenai penyembelihan. Menurutnya, peserta juga turut didedahkan dengan sesi soal jawab dan praktikal di mana pelajar perlu menyembelih ayam disediakan. "Bilangan pelajar yang menyertai program tersebut adalah seramai 55 orang pelajar". "Kursus ini juga penting untuk mengingatkan mereka betapa pentingnya soal penyembelihan di mana ia dikira fardu kifayah", katanya. Terima kasih diucapkan kepada En Azuhar dan Ustaz Muhammad kerana telah sudi berkongsi ilmu penyembelihan kepada peserta kursus. Diharapkan program seumpama akan diteruskan pada masa akan...

Read More...
39 pelajar Kolej Vokasional Daerah Rembau  sertai Program Jom Skor SPM

KVDLM, 11 JULAI 2018 - Seramai 25 pelajar Kolej Vokasional Dato' Lela Maharaja dan 14 pelajar Kolej Vokasioal Dato' Undang Haji Muhamad Sharip calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) mengambil bahagian dalam Program Ceramah Motivasi: Jom Skor SPM KV Daerah Rembau 2018 anjuran bersama KVDLM dan Pejabat Pelajaran Daerah Rembau. Ceramah telah disampaikan oleh Tuan Azmi bin Basir, Pegawai PPD Rembau. Matlamat utama program ini ialah meningkatkan motivasi kendiri pelajar dalam menghadapi peperiksaan SPM. Ceramah ini menyedarkan pelajar bahawa persediaan awal penting sebelum peperiksaan SPM dan kelulusan SPM sangat penting untuk masa depan. Diharapkan program ini akan ditruskan pada masa akan datang kerana banyak manfaat yang diperoleh anak-anak ini terutama dalam usaha meningkatkan pembelajaran mereka sebelum menghadapi peperiksaan hujung tahun ini.       ...

Read More...
Pelajar Pemprosesan Makanan berentap pamer kemahiran

Unit Pemprosesan Makanan KVDLM telah menganjurkan pertandingan KV Skills untuk pelajarnya pada 4 Julai 2018. KV Skills ini satu pertandingan kemahiran meningkatkan daya saing dalam kalangan pelajar. Ianya diadakan bertujuan bagi mengcungkil bakat pelajar Unit Pemprosesan Makanan dalam kemahiran disamping menyediakan pelajar menyertai pertandingan KV Skills peringkat kolej. Majlis penutup telah dirasmikan oleh Pn Hjh Yusni bt Abd Murad, Timbalan Pengarah Akademik Kolej Vokasional Dato' Lela Maharaja, Rembau. Beliau juga talah menyampaikan hadiah kepada para pemenang.             

Read More...
Lawatan pelajar SMK Datuk Muhammad Yusof ke KVDLM

KVDLM Rembau, 4 Julai 2018 - Kolej Vokasional Dato' Lela Maharaja (KVDLM) telah menerima kunjungan 25 murid dan 2 guru pengiring dari Sekolah Menengah Kebangsaan Datuk Muhammad Yusof. Lawatan tersebut bertujuan memberi pendedahan tentang peluang pelajaran di KVDLM, Rembau. Rombongan telah tiba seawal jam 9 pagi disambut oleh Pn Hjh Yusni bt Abd Murad, Timbalan Pengarah Akademik KVDLM. Para pelajar dan guru kemudiannya di bawa ke Bilik Gerakan bagi mendengar taklimat  oleh Pn Siti Aisyah berkaitan KVDLM dan program latihan yang dijalankan di sini, Selepas mendengar taklimat, rombongan dibawa untuk melawat bengkel-bengkel yang menjalankan latihan kemahiran. Disini mereka berpeluang melihat sendiri suasana pembelajaran dan kemudahan yang disediakan kepada pelajar kemahiran. Para pelajar juga berpeluang mendengar sendiri penerangan dari para pensyarah dan melihat...

Read More...

BERITA KVDLM

  • 1
  • 2
  • 3
  • 4
  • 5
  • 6
  • 7
  • 8
Laman Utama
Events Calendar Print Email help
See by year See by month See by week See Today Search Jump to month
Events for the
Thursday, 17 May 2018



JEvents v1.5.5   Copyright © 2006-2010

 STATISTIK DATA

Bilangan Guru
Lelaki Perempuan
25 102
127
Bilangan Staf
Lelaki Perempuan
12 6
18
Bilangan Pelajar
Lelaki Perempuan
396 297
693
Bilangan Pelajar Asrama
Lelaki Perempuan
194 206
400

[ Data sehingga 13 Februari 2018 ]

May 2018
S M T W T F S
29 30 1 2 3 4 5
6 7 8 9 10 11 12
13 14 15 16 17 18 19
20 21 22 23 24 25 26
27 28 29 30 31 1 2

 

PAUTAN PANTAS

APLIKASI - E

 

PENGARAH

PN HJH MINAH BINTI AHMAD

Kenali Tuan Pengarah

Perutusan Pengarah

VIDEO KORPERAT KVDLM

Klik 2 kali pada video untuk melihat paparan penuh

DATA PENGUNJUNG

925238
Hari IniHari Ini14
SemalamSemalam96
Minggu iniMinggu ini110
Bulan IniBulan Ini1272
JumlahJumlah925238
Terima Kasih kerana mengunjungi Portal Rasmi Kolej Vokasional Dato' Lela Maharaja, Rembau
Kami ada 55 pelawat online

TINJAUAN

Siapa Anda?

FROG VLE

KOLEJ VOKASIONAL DATO' LELA MAHARAJA
71300 Rembau
Negeri Sembilan Darul Khusus
No Tel : +606-6851218
No Faks : +606-6858178

logo

Paparan terbaik menggunakan pelayar Internet Explorer versi 7.0 atau Mozilla Firefox versi 3.0 keatas dengan resolusi 1024 x 768 piksel.

TALIAN HOTLINE
KHIDMAT PELANGGAN
KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA
No Tel : +603-7723 7070
E-Mel : kpkpm@moe.gov.my