Sabtu, Oktober 20, 2018
   
Text Size

KARNIVAL USAHAWAN TANI 2018

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

 
Tahniah para graduan KV 2018.
 
Sila klik link di bawah.
 
Utk kami mendapatkan maklum balas mengenai Majlis Konvokesyen KV 2018.
 
Sekalung penghargaan kepada anda yang sudi meluangkan masa untuk memberikan maklum balas ini...
 
Sebarang aduan mengenai Majlis Konvokesyen KV 2018, sila emel kepada survey.konvokv2018@gmail.com
BERITA
Move
-

............................................ BERITA UTAMA ............................................

Top Headline
Kursus Pemantapan Etika dan Protokol

Pada 13 Oktober 2018, pelajar 1 SVM Pengurusan Perniagaan KVDLM telah mengadakan Kursus Pemantapan Etika dan Protokol bagi memenuhi kompetensi bagi Modul BPP2033: Asas Pengurusan Acara. Penceramah bagi kursus ini ialah Tuan Sophian bin Ab Rahman, Pegawai Tadbir dan Diplomatik, Pegawai Istiadat, Bahagian Adat Istiadat, Istana Negara. Peserta kursus terdiri daripada 44 orang pensyarah dan 50 orang pelajar KVDLM. Kursus ini telah memberi pendedahan dan pengetahuan kepada pensyarah dan pelajar mengenai etika dan protokol.  Adalah diharapkan peserta yang hadir dapat mengamalkan ilmu yang diperoleh dan pelajar tahun 1 SVM PP khususnya dapat memperoleh pengetahuan dan pengelaman mengendalikan acara terutama yang berbentuk bengkel atau kursus.                       ...

Read More...
Hari Sukan Negara 2018 berlangsung meriah

  KVDLM: Datuk Hanapi bin Daing Dalisang YDP PIBG KVDLM merasmikan Hari Sukan Negara 2018 peringkat kole di padang KVDLM pada 12 Oktober 2018. YDP PIBG dan pengarah KVDLM menyepak bola dan menandatangani bola sebagai simbolik perasmian Hari Sukan Negara peringkat kolej pada tahun ini. Selepas gimik perasmian, aktiviti senamrobik yang disertai oleh semua warga KVDLM berlangsung meriah. Seterusnya, telah diadakan pertandingan bola sepak dan bola jaring melibatkan pensyarah dan pelajar KVDLM. Hari Sukan Negara ini adalah penting di dalam usaha kerajaan menggalakkan rakyat menerapkan amalan budaya hidup cergas dan aktiff memandangkan peratusan masyarakat Malaysia yang aktif bersukan masih lagi rendah iaitu pada kadar sekitar 40 peratus berbanding dengan 50 hingga 60 peratus di negara maju. Diharapkan dengan program ini budaya sukan melalui amalan gaya hidup cergas...

Read More...
ANUGERAH PELAJAR BUDIMAN 2018

   Pada 12 Oktober 2018 telah diadakan Majlis Anugerah Pelajar Budiman kepada 4 pelajar terpilih. Anugerah telah disampaikan oleh YDP PIBG Datuk Hanapi bin Daing Dalisang. Anugerah Pelajar Budiman ini diwujudkan sebagai salah satu bentuk penghargaan oleh pihak kolej kepada pelajar yang telah menunjukkan sahsiah baik yang disenangi oleh warga kolej. Berikut adalah senarai pelajar yang dianugerahkan Anugerah Pelajar Budiman: Muhammad Farrisz Danial bin Zakaria (1 SVM PP) - Mentor: Pn Norfadilah binti Radzwan Muhammad Naufal (2 SKM Tanaman) - Mentor: Pn Wan Rosnaida binti Wan Musa Nur Saiyidah binti Sadeli ((1 DVM LL) - Mentor: Dina Hanani binti Mohd Rahim Muhd Ilham Fikri bin Dzulkefli (2 DVM HH) - Mentor: Pn Nur Syazwani binti Baharin Ciri-ciri calon yang terpilih adalah berdasarakan: calon yang mempunyai sahsiah yang teruji...

Read More...
PENILAIAN AKHIR SINGLE TIER

PERLAKSANAAN PENILAIAN AKHIR SINGLE TIER PROGRAM PERSIJILAN KEMAHIRAN MALAYSIA AMBILAN 2014 SECARA PERTAULIAHAN   Sukacita dimaklumkan bahawa perlaksanaan Penilaian Akhir Single Tier Program Persijilan Kemahiran Malaysia ambilan 2014 secara pertauliahan akan diadakan di KVDLM seperti ketetapan berikut: Tarikh   : 1-5 Oktober 2018 Tempat : Kolej Vokasional Dato' Lela Maharaja, Rembau.  

Read More...
FLORIA 2018 KVDLM MERANGKUL ANUGERAH "ECO-FRIENDLY GARDEN AWARD"

Pada 25 Ogos hingga 2 September 2018, Perbadanan Putrajaya (PPJ) dengan sokongan Kementerian Wilayah Persekutuan sekali lagi telah menganjurkan Festival Bunga dan Taman Diraja Putrajaya atau FLORIA Diraja Putrajaya 2018 untuk kali yang ke-10 di Anjung Floria Event Centre, Presint 4, Putrajaya yang bertemakan “10 Kegemilangan FLORIA” atau “10 Wonders of FLORIA”. Seramai 41 pelajar yang terdiri daripada 38 pelajar Tahun 2 Diploma Seni Bina Landskap dan 3 pelajar Sijil Kemahiran Malaysia Landskap Kolej Vokasional Dato’ Lela Maharaja telah menyertai pertandingan senireka taman peringkat university dan kolej dan telah dianugerahkan pingat ECO-FRIENDLY GARDEN AWARD. Pelajar-pelajar ini telah di bimbing oleh pensyarah mereka iaitu Pn Roshidah binti Mohd Zin dan Pn Sharifah Amirah Binti Syed Ali. Sebanyak 19 insitusi pengajian tinggi telah terlibat dalam...

Read More...
Perasmian Bulan Kemerdekaan Ke-61 KVDLM

Rembau, 13 Ogos 2018 - Unit Sejarah dan Unit Pengajian Malaysia dengan kerjasama Unit Bahasa Melayu dan Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) Kolej Vokasional Dato' Lela Maharaja telah menganjurkan Majlis Perasmian Bulan Kemerdekaan ke-61 peringkat kolej di Dataran Kejat tapak perhimpunan KVDLM. Majlis pelancaran ini telah dirasmikan oleh Pengarah KVDLM, Pn Hjh Minah binti Ahmad. Hari Kebangsaan disambut di seluruh negara pada 31 Ogos setiap tahun bagi menandakan negara bebas daripada belenggu penjajahan sejak 1511. Hari Kebangsaan merupakan peristiwa utama dan disambut secara besar-besaran bagi memperingati detik bersejarah negara kita mencapai kemerdekaan. Pada 31 Ogos ini, negara kita menyambut ulang tahun hari kemerdekaan yang ke-61. Oleh itu, sambutan kemerdekaan diadakan di peringkat kolej untuk memupuk semangat patriotik dalam jiwa pelajar agar sentiasa sayang dan cinta...

Read More...

BERITA KVDLM

  • 1
  • 2
  • 3
  • 4
  • 5
  • 6
  • 7
  • 8
Laman Utama
Events Calendar Print Email help
See by year See by month See by week See Today Search Jump to month
Events for the
Friday, 25 May 2018



JEvents v1.5.5   Copyright © 2006-2010

 STATISTIK DATA

Bilangan Guru
Lelaki Perempuan
25 102
127
Bilangan Staf
Lelaki Perempuan
12 6
18
Bilangan Pelajar
Lelaki Perempuan
396 297
693
Bilangan Pelajar Asrama
Lelaki Perempuan
194 206
400

[ Data sehingga 13 Februari 2018 ]

May 2018
S M T W T F S
29 30 1 2 3 4 5
6 7 8 9 10 11 12
13 14 15 16 17 18 19
20 21 22 23 24 25 26
27 28 29 30 31 1 2

 

PAUTAN PANTAS

APLIKASI - E

 

PENGARAH

PN HJH MINAH BINTI AHMAD

Kenali Tuan Pengarah

Perutusan Pengarah

VIDEO KORPERAT KVDLM

Klik 2 kali pada video untuk melihat paparan penuh

DATA PENGUNJUNG

930291
Hari IniHari Ini90
SemalamSemalam84
Minggu iniMinggu ini565
Bulan IniBulan Ini1813
JumlahJumlah930291
Terima Kasih kerana mengunjungi Portal Rasmi Kolej Vokasional Dato' Lela Maharaja, Rembau
Kami ada 16 pelawat online

TINJAUAN

Siapa Anda?

FROG VLE

KOLEJ VOKASIONAL DATO' LELA MAHARAJA
71300 Rembau
Negeri Sembilan Darul Khusus
No Tel : +606-6851218
No Faks : +606-6858178

logo

Paparan terbaik menggunakan pelayar Internet Explorer versi 7.0 atau Mozilla Firefox versi 3.0 keatas dengan resolusi 1024 x 768 piksel.

TALIAN HOTLINE
KHIDMAT PELANGGAN
KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA
No Tel : +603-7723 7070
E-Mel : kpkpm@moe.gov.my