KVDLM JUARA MENEMBAK DAERAH REMBAU |
Ditulis oleh Administrator |
Jumaat, 11 April 2014 12:21 |
LAPANG SASAR MANTIN 8 Mac 2014 - Kor Kadet Polis KVDLM telah merangkul buat kali keduanya dengan berjaya menjadi johan keseluruhan Piala Pusingan YB Dato' Zaifulbahri Idris. Dalam Pertandingan Menembak Senjata M16 Kor Kadet Polis Daerah Rembau itu juga, KVDLM telah memenangi beberapa kategori yang dipertandingkan. Seramai 450 orang anggota kadet telah menyertai dan 30 inspektor kadet (iaitu guru kadet) dari sekolah-sekolah dan kolej vokasional daerah rembau telah menyertai pertandingan ini. Pada tahun ini buat kali pertama anggota kadet polis perempuan yang baru ditubuhkan menyertai pertandingan tersebut. Kadet Syadhirah Zaini dari kelas 1ATP dan kadet Nur Syaffa Syazara Mustaffa dari kelas 2PP masing-masing telah memenangi tempat pertama dan kedua bagi kategori menembak kadet polis perempuan dalam pertandingan tersebut. Bagi kategori menembak kadet polis lelaki pula Kadet Shaarul Afiq bin Mohd Kamarizam telah mendapat tempat ke-2, Mohd Afandi Baharuddin tempat ke-6, Mohd Azri Hamir tempat ke-7, Mohd Zulhanan Ayob tempat ke-9 dan Mohd Farhan Azri tempat ke-15. Lebih mengharumkan nama KVDLM, pensyarah KVDLM, Inspektor Kadet Anuar Mohd Taib telah menjadi johan bagi kategori Pegawai Kadet. Menurut En Anuar Taib, kemenangan beliau dan anggota Kor Kadet Polis KVDLM terhasil adalah kerana kehadiran Tuan Mohd Joned Musa, Pengarah KVDLM ke tempat pertandingan seterusnya menyuntik semangat anggota kadet polis KVDLM untuk menjadi juara pertandingan kali ini. Pertandingan kali lebih membanggakan kerana turut disertai oleh YB Dato Dr Awaludin Said, Speaker Dewan Undangan Negeri Sembilan, dan YB Dato' Zaifulbahri Idris, Adun Kawasan Chembung. Akhir sekali, kepada yang berjaya, tahniah diucapkan. Kepada kejayaannya ditangguhkan, bukan bermakna tidak berjaya, teruskan usaha, tingkatkan kecemerlangan.
KEPUTUSAN PERTANDINGAN MENEMBAK KOR KADET POLIS DAERAH RREMBAU 2014 (A) KATEGORI INDIVIDU KADET PEREMPUAN
(B) KATEGORI INDIVIDU KADET LELAKI
(c) KATEGORI PEGAWAI KADET PEREMPUAN (GURU)
(D) KATEGORI PEGAWAI KADET LELAKI (GURU)
|
Terakhir Dikemaskini pada Jumaat, 11 April 2014 16:50 |