140 PELAJAR CEMERLANG GONDOL ANUGERAH PENGARAH

REMBAU, 21 MAC 2014 : Jumaat, Kolej Vokasional  Dato’ Lela Maharaja  di sini , telah menganugerahi 140 pelajar cemerlang dalam Pentaksiran Kolej Vokasional Semester 2 dan 4 tahun 2013  yang memperolehi  Nilai Gred Purata Komulatif (NGPK) melebihi 3.5 ke atas pagi tadi.

Menurut Penyelaras Majlis Anugerah Pengarah , Rusna Zulkapli , berkata jumlah pelajar yang menerima anugerah kali ini meningkat berbanding semester lepas.

“ Anugerah Pengarah ini sebenarnya  bertujuan untuk mengiktiraf pelajar yang cemerlang seterusnya  membakar semangat mereka untuk terus berjaya di kolej, Anugerah ini diberi kepada pelajar yang memperolehi nilai NGPK  melebihi 3.50 ke atas dalam peperiksaan semester 2 dan 3 2014. ” katanya ketika ditemui wartawan di sini .

Muhammad Qayyum Aznam Shah, 2 Hortikultur Hiasan ,17 tahun telah memperolehi NGPK terbaik iaitu 3.87.

“Saya memperolehi kejayaan cemerlang dalam peperiksaan ini  atas usaha gigih selama ini. Pensyarah dan rakan-rakan sering membantu dan membimbing terutama ketika dalam kelas mahupun ketika amali . Saya bercita-cita untuk menjadi usahawan Hortikultur Hiasan pada masa akan datang ,” katanya.

-Sumber Berita: Nazri Ujang-