KURSUS UJIAN PLATFORM SUSU Cetak
Ditulis oleh Administrator   
Ahad, 26 April 2015 14:21

ULU PARI - Pada 21 April 2015 hingga 22 April 2015 semua pensyarah dan pelajar 2 SVM Program Agroindustri Ternakan Ruminan telah mengikuti Kursus Ujian Platform Susu di Ladang Ternakan Lembu Tenusu Gadong, Mukim Gadong, Ulu Pari Rembau.

Kursus ini telah dianjurkan oleh Unit Agroindustri Ternakan Ruminan KVDLM dengan kerjasama Rume Vet Care Sdn. Bhd. bagi mendedahkan kepada pengajar dan pelajar KVDLM berkaitan modul yang terdapat di dalam kurikulum standard pembelajaran bagi Program Agroindustri Ternakan Ruminan.

Ceramah telah disampaikan oleh Dr Sansul Bahri bin Ahmad, En Khairudin bin Mansur (Pegawai Veterinar) dan En T S Loh. Kursus ini telah memberi pendedahan dan kemahiran kepada pengajar mengenai Ujian Platform susu dan penyelenggaraan Sistem Pemerahan Susu. Selain itu, kursus ini telah mengerat dan mengukuhkan kerjasama antara pihak kolej dengan agensi luar di dalam menjayakan program transformasi pendidikan vokasional negara khusus di dalam bidang pertanian.

Terakhir Dikemaskini pada Ahad, 26 April 2015 16:44