MAJLIS PERLANTIKAN MAJLIS PERWAKILAN PELAJAR (MPP), BIRO KOLEJ KEDIAMAN, PEMBIMBING RAKAN SEBAYA (PRS) DAN PENGAWAS KOLEJ 2018 Cetak
Ditulis oleh Administrator   
Rabu, 28 Februari 2018 12:23

 

26 Februari 2018 - Bertempat di Dataran Kejat KVDLM, seramai 106 pelajar yang terdiri daripada 28 pelajar Majlis Perwakilan Pelajar (MPP), 11 pelajar Biro Aspura, 11 pelajar Biro Aspuri, 32 pelajar PRS dan 24 pelajar telah menerima watikah perlantikan yang disampaikan oleh ASP Jusman bin Ahmad, Ketua Bahagian Pencegahan Jenayah & Keselamatan Komuniti IPD Rembau.

Pemilihan Majlis Perwakilan Pelajar adalah melalui pilihan raya yang telah diadakan pada 9 Februari 2018. Manakala Biro Kolej Kediaman, Pembimbing Rakan Sebaya dan Pengawas pula adalah dipilih oleh barisan warden, kaunselor, serta unit disiplin. Selain menjadi wakil pelajar MPP, Biro Kolej Kediaman, PRS dan Pengawas, mereka juga adalah merupakan sebahagian tenaga pengerak kepada kolej dalam menjalankan semua program dan aktiviti di Kolej Vokasional Dato' Lela Maharaja. Adalah diharapkan dengan perlantikan ini, mereka dapat bersama-sama dengan semua warga kolej untuk mencapai misi dan visi yang digariskan oleh Bahagian Pendidikan Teknik dan Vokasional. Diharapkan juga dengan perlantikan ini akan dapat menaikkan semangat kepada pelajar yang dilantik untuk menjalankan tugas dengan lebih berdedikasi.

 

   

    

   

 

 

 

 

Terakhir Dikemaskini pada Rabu, 28 Februari 2018 14:44