Dialog Prestasi Kali Ke-2 2018

Pada 9 Mac 2018, telah diadakan Dialog Prestasi Kali Ke-2 pelajar 2 DVM di Dewan Kolej Vokasional Dato' Lela Maharaja. Dialog Prestasi adalah salah satu program utama kolej untuk memastikan kecemerlangan pelajar. Dialog prestasi dilakukan diantara pentadbir kolej, pensyarah, ibu bapa atau penjaga dan pelajar-pelajar tahun 1 dan tahun 2 Diploma. Dialog Prestasi ini adalah satu forum atau perbincangan berfokus untuk menyemak prestasi dan isu-isu berkaitan berdasarkan data dan fakta serta diakhiri dengan satu set langkah-langkah yang konkrit tindakan susulan atau penyelesaian masalah bagi memastikan kemenjadian pelajar. Diharapkan program ini akan dapat membantu pelajar menjadi lebih cemerlang. Syabas kepada para ibu bapa dan penjaga yang dapat menghadirkan diri ke program ini.

Penyelaras Program Dialog Prestasi kali ini adalah Pn Jazilah binti Jaafar. Tahniah dan terima kasih kepada semua yang telah menjayakan program ini.