32 Pensyarah KVDLM Sertai Kursus Frog VLE Cetak
Ditulis oleh Administrator   
Isnin, 12 Mac 2018 10:26

Kursus Frog VLE untuk pensyarah KV Dato' Lela Maharaja telah dijalankan pada jumaat, 9 Mac 2018. Kursus ini telah disertai oleh 32 orang pensyarah terpilih dan dijalankan di Makmal ICT Kolej Vokasional Dato' Lela Maharaja. Kursus ini telah disampaikan oleh Encik Fairuz bin Othman, Pegawai Teknologi Pendidikan, Pusat Kegiatan Guru, Rembau. Tujuan kursus ini dijalankan ialah untuk memberi gambaran serta pendedahan berkaitan laman Frog untuk pensyarah di samping menjayakan matlamat di bawah Program 1Bestarinet oleh KPM. Melaluinya, diharap pensyarah mampu memanfaatkan penggunaan teknologi maklumat dalam urusan berkaitan pendidikan termasuk semasa sesi PdPC dijalankan

Sepanjang kursus ini berlangsung pensyarah-pensyarah mempelajari cara menggunakan laman frog ini sebagai medium komunikasi, berkongsi sumber pengajaran dan pembelajaran serta menyediakan page. Melalui kursus ini juga, peserta telah didedahkan cara untuk menggunakan laman frog ini untuk membuat tugasan dan kuiz. 

Tahniah kepada Pn Norhaida binti Ismail, Penyelaras Frog VLE KVDM kerana telah mengadakan kursus ini. Secara keseluruhannya, kursus ini telah berjaya dijalankan dengan baik dan diharap pensarah-pensyarah dapat memanfaatkan laman Frog VLE dalam PdPC dan berkongsi cara menggunakan Frog VLE dengan pensyarah-pensyarah lain dari program masing-masing.

  

  

  

  

  

Terakhir Dikemaskini pada Isnin, 12 Mac 2018 11:10