Kejohanan Olahraga Kali ke-24 KVDLM 2018.

Kejohanan olahraga tahunan ini berlangsung dengan jayanya pada 16 Mac 2018 yang lalu di Padang KVDLM. Acara bermula pada pukul 8.00 pagi dimulakan dengan perbarisan rumah sukan, pertandingan hiasan khemah dan acara balapan.

Johan bagi Kejohanan Olahraga ini adalah Rumah Mahsuri (Rumah Hijau), seterusnya naib johan Rumah Masria (Rumah Kuning), tempat ketiga adalah Rumah Malinja (Rumah Merah) dan tempat keempat daripada Rumah Maswangi (Rumah Biru).