39 pelajar Kolej Vokasional Daerah Rembau sertai Program Jom Skor SPM Cetak
Ditulis oleh Administrator   
Jumaat, 13 Julai 2018 10:16

KVDLM, 11 JULAI 2018 - Seramai 25 pelajar Kolej Vokasional Dato' Lela Maharaja dan 14 pelajar Kolej Vokasioal Dato' Undang Haji Muhamad Sharip calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) mengambil bahagian dalam Program Ceramah Motivasi: Jom Skor SPM KV Daerah Rembau 2018 anjuran bersama KVDLM dan Pejabat Pelajaran Daerah Rembau. Ceramah telah disampaikan oleh Tuan Azmi bin Basir, Pegawai PPD Rembau.

Matlamat utama program ini ialah meningkatkan motivasi kendiri pelajar dalam menghadapi peperiksaan SPM. Ceramah ini menyedarkan pelajar bahawa persediaan awal penting sebelum peperiksaan SPM dan kelulusan SPM sangat penting untuk masa depan.

Diharapkan program ini akan ditruskan pada masa akan datang kerana banyak manfaat yang diperoleh anak-anak ini terutama dalam usaha meningkatkan pembelajaran mereka sebelum menghadapi peperiksaan hujung tahun ini.

   

  

  

  

  

  

 

 

 

 

 

Terakhir Dikemaskini pada Jumaat, 13 Julai 2018 11:36