Kursus Kepimpinan MPP, Biro Kolej Kediaman, PRS & Pengawas Kolej 2018 PDF Cetak E-mail
Ditulis oleh Administrator   
Rabu, 04 April 2018 14:18

106 kepimpinan pelajar yang terdiri daripada 28 pelajar Majlis Perwakilan Pelajar (MPP), 11 pelajar Biro Asrama Aspura, 11 pelajar Biro Asrama Aspuri, 32 pelajar Pembimbing Rakan Sebaya (PRS) dan 24 pelajar Penawas KVDLM telah mengikuti Kursus Kepimpinan yang telah diadakan pada 30 Mac 2018 hingga 1 April 2018 di PPD Rembau. Majlis Perasmian Kursus Kepimpinan Pelajar 2018 telah di sempurnakan oleh Pn Hjh Minah binti Ahmad, Pengarah Kolej Vokasional Dato' Lela Maharaja.

Kursus selama 3 hari ini diadakan bagi memastikan kepimpinan pelajar bagi organisasi di kolej atau asrama dapat menanam ciri-ciri kepimpinan yang jitu agar mereka dapat melaksanakan tugas yang diamanahkan dengan penuh dedikasi. 

Aktiviti yang diadakan sepanjang kursus ini adalah seperti berikut:

  1. Ice Breaking
  2. Modul Dunia Cermin (Siapakah Aku?)
  3. Tarikan Kasih
  4. "Critical & Creative Thinking"
  5. "Leadership Survival"
  6. Impian Nostalgia
  7. Kuasai Kepimpinan
  8. Talent Culture Night
  9. Kuliah Subuh oleh Mantan YDP MPP UTeM (Saudara Ahmad Nawawi bin Mohd Amin)
  10. Roda Kehidupan
  11. Dari Hati Turun Ke Hati

Diharapkan kepimpinan pelajar yang telah mengikuti kursus ini lebih bermotivasi, bekerjasama, berfikiran positif serta bijak membuat keputusan dan bertangungjawab dengan tugas yang diamanahkan. Tahniah dan terima kasih diucapkan kepada semua pensyarah yang telah terlibat bersama dalam menjayakan kursus ini.

   

   

   

   

   

   

   

    

  

Terakhir Dikemaskini pada Rabu, 04 April 2018 15:01