KEJOHANAN PADANG DAN BALAPAN KVDLM 2012 PDF Cetak E-mail
Ditulis oleh Administrator   
Jumaat, 20 Julai 2012 10:11

 

 

 

PADA 19 JULAI 2012, telah diadakan acara akhir Kejohanan Padang dan Balapan KVDLM 2012 di Padang KVDLM. Kejohanan ini telah dirasmikan oleh Tuan Pengarah, Tn Mohd Joned bin Musa dan Majlis Penutup telah disempurnakan oleh YDP PIBG Dato' Hanapi bin Daeng Dalisang. Acara awal telah dipertandingkan pertandingkan pada 16 -17 Julai 2012.

Dalam siri Kejohanan pada kali ini, semua rumah sukan telah menujukkan pesaingan yang cukup hebat. Namun di akhir Kejohanan ini Rumah Mahsuri telah muncul sebagai juara keseluruhan kejohanan, mengikut statistik kejohanan yang dikeluarkan oleh unit pencatat kejohanan Rumah Mahsuri mendapat mata keseluruhan sebanyak 79 mata sekaligus meningalkan rumah Malinja ditempat ke-2 dengan mata 74 markah, tempat ke-3 rumah Maswangi dengan 46 markah dan tempat ke-4 rumah Masria dengan 40 markah.

Dalam Kejohanan kali ini juga pihak pencatat Kejohanan yang diterajui oleh Puan Riza binti Karsoh, telah mengalami kesukaran dalam menentukan seleksi olahragawan dan olahragawati Kejohanan Padang dan Balapan KVDLM 2012. Namun isu ini telah diselesaikan dengan telus atas bantuan En Azizol bin Aziz selaku individu yang berpengalaman dalam bidang sukan. Menerusi keputusan yang diperoleh, Mohamad Nor Amin bin Arzeman telah dipilih sebagai Olahragawan KVDLM 2012 menerusi catatan pecah rekod berdasarkan acara Lompat Jauh (6.4 meter), seterusnya Nur Aishah binti Abd Kadir telah dipilih sebagai Olahragawati KVDLM 2012 berdasarkan kewibawaannya dalam memungut pungutan Pingat Emas terbanyak.

Secara keseluruahannya selaku editor web KVDLM yang memerhatikan Kejohanan Padang dan Balapan KVDLM 2012 dilaksanakan dengan jayanya. Momentum yang ditunjukkan oleh seluruh warga KVDLM telah menyemarakkan lagi semangat sukan di KVDLM. Kerjasama yang ditunjukkan oleh semua pensyarah juga amat luar biasa sehingga terjelmanya sebuah Kejohanan Padang dan Balapan KVDLM 2012 yang berprestij setanding dengan peringakat daerah.

 

 

 

Terakhir Dikemaskini pada Sabtu, 31 Julai 2021 17:21