PENSYARAH KV GEMBIRA TAMAT KURSUS PP-PPD-PPB
REMBAU 6 April 2014 – Pensyarah dari Kolej Vokasional Dato’ Lela Maharaja, Rembau telah berjaya menamatkan kursus Pegawai Penilai, Pegawai Pengesahan Dalaman dan Pengurus Pusat Bertauliah atau lebih dikenali PP-PPD-PPB yang telah disampaikan oleh pegawai dari CIAST petang semalam.
Menurut Penyelaras Kursus , Nazri Ujang peserta kursus dari KLVDLM merupakan majoriti peserta paling ramai iaitu 19 orang. Kursus ini turut dihadiri oleh 8 orang pensyarah dari Kolej Vokasional Teluk Intan , 5 orang pensyarah Kolej Vokasional Kuala Klawang dan 4 orang daripada agensi swasta yang telah diadakan sejak 5 April yang lalu di bilik Sanggar Ilmu KVDLM.
“ Tujuan kursus ini diadakan adalah untuk memahami sistem pengrekodan dan dokumentasi serta mengetahui kaedah penilaian terhadap prestasi pelajar kolej.
Di samping itu juga untuk memenuhi syarat untuk menjadi Pegawai Penilai (PP) , Pegawai Pengesahan Dalaman (PPD) atau Pengurus Pusat Bertauliah. (PPB). “ katanya mengulas kepentingan kursus ini bagi mengambil Vocational Trainning Officer VTO pada Kursus ini telah disampaikan oleh Nadzron Hamid@ Majid dan Norazman Ahmad pegawai dari Pusat Latihan dan Tenaga Pengajar Lanjutan CIAST.
- Sumber Berita: Nazri Ujang -