Majlis Anugerah Kecemerlangan 2016 PDF Cetak E-mail
Ditulis oleh Administrator   
Rabu, 23 November 2016 08:39

Majlis Anugerah Kecemerlangan KVDLM Tahun 2016 telah berlangsung pada Jumaat 11 November 2016 yang lalu. Terima kasih diucapkan kepada semua AJK khususnya pensyarah, pelajar serta staf sokongan yang telah menjayakannya. 

Majlis telah ditrasmikan oleh Dato' Nur Sahar selaku General Secretary kepada World islamic Development Organization (WIDO). Tahniah diucapkan kepada semua pelajar serta pensyarah KVDLM yang menerima anugerah kecemerlangan.

Mohamad Marzuqi bin Meon dari kelas 2 Diploma Pemrosesan Makanan telah menerima Anugerah Tokoh Pelajar KVDLM. Beliau merupakan pelajar yang cemerlang dari segi akademik dan aktif dalam bidang kokurikulum. Beliau juga merupakan pelajar yang sentiasa bersedia membantu pensyarah bila diperlukan dan mempunyai sikap yang baik dengan rakan serta pensyarah. 

Ahmad Shahidan bin Suhaizan pula telah menerima Anugerah Tokoh Sahsiah Terpuji Peringkat SVM, manakala Ridhwan bin Mohd Idrus telah menerima Anugerah Tokoh Sahsiah Terpuji Peringkat DVM.

Bagi Anugerah Terpuji Kokurikulum En Mohd Azizol bin Azizi (Jurulatih Pasukan Sofbal KVDLM) dan Ust Mohamad bin Yahya (Pengurus Pasukan Sofbal KVDLM) telah di pilih. Ini kerana mereka mempunyai komitmen yang tinggi dalam melatih pasukan sofbal KVDLM sehingga membawa kejayaan pasukan Sofbal KVDLM ke peringkat Kebangsaan.

 

Untuk melihat lebih gambar program sila kilik di sini

Terakhir Dikemaskini pada Rabu, 23 November 2016 09:39