Isnin, Oktober 02, 2023
   
Text Size

"Riang Raya Tradisi Berzaman" Sambutan Hari Raya KVDLM 2018

29 Jun 2018 (Jumaat) - Jabatan Perniagaan diketuai En Azzri Kimun, telah menganjurkan Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri pada 15 Syawal 1439H bertempat di Dewan Kolej dan Kantin KVDLM.

Majlis ini diadakan bagi menikmati pelbagai juadah enak yang disediakan di samping dapat bertemu mesra mengeratkan silaturahim dan bermaaf-maafan sempena Aidilitri.

Majlis yang bertemakan "Riang Raya Tradisi Berzaman" bersempena bagi meraikan Aidilfitri pada tahun ini dengan suasana warna warni dan bergembira di samping tidak melupakan warisan tradisi zaman berzaman.

Makanan yang disediakan adalah merupakan hasil sumbangan daripada pensyarah dan staf KVDLM, Mereka telah bersama-sama menyumbang duit serta makanan bagi meraikan kmeriahan hari raya kali ini. 

Sehari sebelum majlis, Unit Ruminan telah menyembelih dua ekor lembu KVDLM bagi menyediakan menu sup dan rendang daging untuk sambutan hari raya kolej pada tahun ini. Unit Pendidikan Umum, Poltri dan PIBG pula telah menyediakan menu Ayam Golek yang sangat istimewa.

Menu-menu lain semasa majlis tersebut adalah daripada Unit Tanaman - lemang, Unit Akuakultur - Bihun Goreng Singapore, Unit Pengurusan Perniagaan - buah-buahan, Unit Pemprosesan Makanan - Minuman sejuk dan panas, Unit Landskap dan Hortikultur - Aiskrim, dessert, puding dan agar-agar, Unit Teknologi Mekanisasi Agro - Roti Jala, dan Staf Bukan Akademik telah menyediakan biskut raya, kek dan kerepek.

Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri kali ini diserikan dengan cabutan bertuah dan dimeriahkan lagi dengan persembahan nyanyian oleh pelajar KVDLM. 

Turut hadir, En Azmi bin Basir Pegawai Pendidikan Daerahh Rembau, YDP dan NYDP PIBG, Tn Hj Alwi bin Yunus mantan Pengarah KVDLM dan ALUMNI KVDLM.

Diharapkan agar program seperti ini juga akan diadakan setiap tahun pada masa akan datang.

   

   

  

        

   

 

 

 


 

KOLEJ VOKASIONAL DATO' LELA MAHARAJA
71300 Rembau
Negeri Sembilan Darul Khusus
No Tel : +606-6851218
No Faks : +606-6858178

E-Mel: nha3002@moe.edu.my

Paparan terbaik menggunakan pelayar Internet Explorer versi 7.0 atau Mozilla Firefox versi 3.0 keatas dengan resolusi 1024 x 768 piksel.

TALIAN HOTLINE
KHIDMAT PELANGGAN
KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA
No Tel : +603-7723 7070
E-Mel : kpkpm@moe.gov.my

 

Basic Upload